Anak Muda Mahu Pemimpin Bertanggungjawab, Senang Dihubungi


Oleh : WR Fatimah Din

SEKIJANG - Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-15 negeri Johor kali ini menegaskan, anak muda mahukan pemimpin yang bertanggungjawab dan senang untuk dihubungi.

Pengundi kali pertama Dewan Undangan Negeri (DUN) Kemelah, Nurul Nabila Misnan 19 berkata, beliau mahu pilih pemimpin amanah, beragama Islam, dan berbangsa Melayu.

"Tidak dinafikan ada perasaan gementar untuk mengundi kerana tidak tahu proses pengundian yang bakal dijalankan. 

"Namun, saya berpesan kepada semua supaya pilih pemimpin yang betul kerana kuasa memilih ada pada anak muda." tegasnya.


Beliau berkata demikian ketika ditemui dalam kempen calon Perikatan Nasional (PN), tokoh guru daripada PAS, Normala Sudirman Hari ini.

Sementara itu, seorang pekerja Medan Selera Kak Rose di sini, Hakim Zainal, 35 berkata, beliau mahu memilih parti yang senang untuk dihubungi. 

"calon tersebut perlulah sebangsa, seagama dengan saya, pilih pemimpin yang terbaik untuk rakyat, senang nak mintak bantuan," ujar beliau.


 

Ulasan