KUALA TERENGGANU - Setiap gerak kerja PAS berteraskan prinsip, berdisiplin dan berorganisasi menjadikan ia sebuah parti yang mempunyai jati dirinya yang tersendiri.
Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, Dato’ Ustaz Ahmad Yahaya berkata, setiap perkara yang diputuskan di Muktamar, Majlis Syura, peringkat Pusat dan perhubungan PAS negeri adalah mengikut bidang kuasa masing-masing.
“PAS tidak membuat keputusan di kedai kopi dan di tepi jalan. Tidak melompat dan terkoyak hanya disebab kritikan serta tohmahan.
“Ahlinya pula memiliki disiplin jamaah, walak serta taat dengan keputusan jamaah, berakhlak (dimana) akan tetap menjaga disiplin serta adab berjemaah." tegasnya dalam satu kenyataannya, pada Isnin, 13 Mac.
Menurutnya, sebagai 'makmum' seseorang itu tidak akan membaca al-Fatihah lebih kuat daripada imam, serta tidak akan rukuk dahulu daripada imam,” ujarnya.
Namun begitu katanya, setiap ahlinya bebas mengeluarkan pandangan dan memberi teguran untuk kebaikan parti.
“Terbuka dengan pandangan serta kritikan, PAS hargai pandangan yang baik serta membina. Begitu juga kritikan, tidak ditolak mentah-mentah bahkan ada ketika dijadikan asas untuk membuat penilaian," ujarnya.
Ulasan