22 Mac 2022

Festival Sedaya Vintage Dungun 2.0 : Hiburan Patuh Syariah

Kehadiran penyanyi terkemuka Ramli Sarip, memeriahkan lagi SEDAYA

DUNGUN - Festival Seni, Dakwah dan Budaya(SEDAYA) Vintage Dungun 2.0 membuktikan Islam tidak menyekat penganutnya untuk  berhibur tetapi  mestilah  menepati syariah.

Yang Dipertua PAS Dungun, YB Ustaz Wan Hassan Mohd Ramli berkata seni dan hiburan diterima dalam Islam  sekiranya tidak bercanggah yang membawa kepada ketaatan kepada Allah dan Rasul. 

"Maka mana - mana umat yang tidak kembali kepada Allah dan RasulNya dia akan menjadi umat yang binasa dan rosak," katanya.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Dungun menyatakan demikian ketika berucap merasmikan majlis penutup festival yang diadakan selama tiga hari di Dewan Arena Merdeka di sini pada 19 Mac lalu.

Antara Ahli Jawatankuasa Parti Islam Se-Malaysia(PAS) Dungun yang turut hadir di majlis tersebut ialah  Cikgu Alias Harun dan Cikgu Wan Hapandi Wan Nik 

Manakala Ketua Pemudanya, Ustaz Fadhli Rahmi Zulkifli berkata PAS sebagai sebuah parti mesra anak muda sentiasa meraikan minat mereka. 

"Kita menerima semua perkara yang menjadi minat anak-anak muda cuma kita ada 'guide line' dan syarat - syarat tertentu, sebab kita berhibur berhibur juga tetapi kita ingat kepada Allah Subhanahu Wa Ta'ala,untuk melayakkan kita masuk syurga Allah. 

" Atas dasar itulah, Pemuda PAS  melihat program 'bundle' menjadi minat besar orang - orang muda hari ini," jelasnya

Tiada ulasan:

Rayuan Bantuan Untuk Mangsa Banjir Baling

"Sesiapa yang melapangkan kesusahan seseorang Muslim, maka Allah SWT akan melapangkan kesukarannya pada hari kiamat. Sesiapa yang menut...