Krisis Rusia-Ukraine, Umat Islam Berperanan di Moscow

 


Kehadiran tentera Chechen dalam konflik Ukraine menyerlahkan peranan berpengaruh yang dimainkan oleh Muslim Chechnya dalam dasar luar dan strategi ketenteraan Moscow.

Rusia memerangi Chechnya sejak tahun 1994 hingga 1996. Oleh kerana gagal menewaskan pejuang Chechnya itu mereka mengadakan rundingan dan gencatan senjata yang berakhir dengan persetujuan Rusia memberikan kuasa autonomi kepada Chechnya di mana askarnya berundur pada tahun 1996.

Setelah jatuhnya pemerintahan Kesatuan Soviet, sekelompok pemberontak Chechnya menyatakan bahawa mereka adalah pemerintah yang sah, mereka mengumumkan parlimen baharu, dan mengisytiharkan kemerdekaan wilayahnya sebagai Republik Chechnya Ichkeria.

Pada tahun 1996, Mufti Rusia, Rawi Ainuddin membuat permohonan kepada Presiden Boris Yeltsin untuk mengadakan sambutan 1400 tahun kedatangan Islam ke Rusia. Akan tetapi ianya tidak dapat dilaksanakan kerana sebab-sebab yang tertentu. Namun begitu ianya berjaya disambut beberapa tahun kemudian ketika pemerintahan Presiden Vladimir Putin. Dalam masa yang sama pada tahun 2000, penganut agama Kristian Orthodox menyambut 1000 tahun kemasukan ugama Kristian ke Rusia. Ini menunjukkan kedatangan Islam ke Rusia 400 tahun lebih awal sebelum kedatangan Kristian.

Sehingga tahun 2004, kemerdekaan mereka tidak diiktiraf oleh mana-mana negara. Pengisytiharan tersebut telah menyebabkan konflik bersenjata di mana kedua belah pihak di antara Chechnya dan Rusia terlibat. Chechnya merupakan wilayah paling ramai yang beragama Islam di Rusia.

Pada 2007, Ramzan Akhmadovich Kadyrov dilantik oleh Presiden Rusia Vladimir Putin untuk menjadi Presiden Chechnya, sebuah Republik dengan majoriti penduduknya adalah Muslim Sunni dan sebagian kristian Ortodoks. Beliau lahir pada 5 Oktober 1976 dan merupakan putra dari (alm) Akhmad Abdulkhamidovich Kadyrov, Presiden Chechnya yang tewas dibunuh pada 9 Mei 2004.Ramzan Akhmadovich Kadyrov yang berumur 46 tahun telah dianugerahkan medal Pahlawan Rusia, dengan gelaran kehormat tertinggi Rusia, oleh Putin. Beliau sudah memimpin Republik Chechnya lebih 10 tahun sejak berusia 30 tahun.

Sikap Putin berbaik–baik dengan Dunia Islam membuatkan banyak negara Islam mendekatkan diri dengan Rusia. Sikap Putin dan Rusia yang tidak memusuhi Islam serta tidak mengamalkan Islamofobia membuatkan banyak negara dari kalangan Dunia Islam mula menjauhi Amerika Syarikat dan beralih kepada Rusia.

Hari ini Islam adalah agama kedua terbesar di Rusia dengan anggaran jumlah penganutnya sebanyak 14.5 juta orang iaitu hampir 10% peratus jumlah penduduknya yang berjumlah 145.87 juta orang dan Islam juga diiktiraf sebagai salah satu agama tradisi negara. Kebanyakan umat Islam menghuni di enam wilayah yang mempunyai majoriti penduduknya penganut Islam iaitu wilayah Dagestan, Chechnya, Ingushetia, Tatarstan, Kabardino – Balkaria dan Karachay – Cherkessia.

Chechen antara wilayah yang diduduki etnik beragama Islam sejak sekian lama, kefahaman sesetengah penduduk sudah menebal bahawa mempertahankan tempat tumpah darah dari dirampas oleh pihak musuh Islam dianggap sebagai jihad. Orang-orang Chechen dikenali dengan kesetiaan mereka terhadap agama, keazaman mereka berjuang untuk hidup dengan berlandaskan agama, dan identiti keislaman mereka yang amat kuat memberi kesan kepada negara-negara Islam yang lain di Caucasus.

Dalam krisis Rusia-Ukrain, Presiden Chechnya Ramzan Akhmadovich Kadyrov, bersama lebih daripada 12,000 askar di pusat Grozny telah menyatakan bahawa mereka adalah sukarelawan yang bersedia pada bila-bila masa untuk mempertahankan negara dan membebaskan rakyat daripada keganasan dan penindasan di wilayah itu. Tentera Chechen terkenal dengan keberanian dan mahir selok belok pertempuran anti-gerila (counterinsurgency).

Ramzan Kadyrov telah mendesak Presiden Ukrain Volodymyr Zelensky agar meminta maaf kepada Presiden Rusia Vladimir Putin. Ramzan Kadyrov mengatakan meminta ampun adalah langkah terbaik yang dapat diambil Presiden Ukrain untuk menyelamatkan negara dan rakyatnya. Ramzan juga mendesak agar Ukrain menerima semua tuntutan yang disampaikan oleh Rusia. Ramzan Kadyrov sebelum ini juga menyatakan pandangannya bahawa rakyat Ukrain juga orang Rusia. Orang-orang Ukrain adalah orang-orang kita. Ini adalah wilayah kita.

Sebelum ini, Kremlin mengerahkan Chechen juga di Syria dan menyokong kerjasama memerangi keganasan antara kadyrovtsy dan pihak berkuasa China dan pasukan tentera di Wilayah Autonomi Uygur Xinjiang (XUAR).

 

Mohammad Farhan Bin Shalahhudin

ADUN Belia Negeri Terengganu

Ulasan