Rusia tidak bercadang untuk mengadakan gencatan senjata dan mendesak supaya Ukraine menyerah diri.
Menurut Menteri Luar Ukraine Dmytro Kuleba, sebaliknya Ukraine tegasnya, akan mempertahankan kedaulatan negara itu.
"Rusia tidak berada dalam kedudukan pada ketika ini untuk mewujudkan gencatan senjata. Mereka meminta penyerahan diri dari Ukraine. Ini bukan yang mereka akan dapat. Ukraine kuat, Ukraine sedang berjuang," kata kepada pemberita di bandar Antalya, Turki selepas perundingan pada Khamis
Katanya, tiada kemajuan telah dibuat mengenai gencatan senjata kerana Menteri Luar Rusia Sergei Lavrov tidak diberi kuasa untuk membincangkan perkara itu.
"Kedua-dua pihak bagaimanapun bersetuju untuk meneruskan usaha mencari penyelesaian kepada situasi kemanusiaan di lapangan,
"Saya datang ke sini dengan tujuan kemanusiaan, untuk keluar dari mesyuarat dengan keputusan untuk mengatur koridor kemanusiaan ke dan dari Mariupol," kata diplomat tertinggi Ukraine itu.
Kuleba juga berkata mesej utama Lavrov dalam mesyuarat itu ialah mereka (Rusia) akan meneruskan pencerobohan mereka sehingga Ukraine memenuhi tuntutan mereka.
Katanya, NATO tidak bersedia untuk bertindak secara kolektif, dan ia adalah tentera dan rakyat Ukraine setakat ini yang telah memastikan keselamatan Ukraine.
Menteri-menteri luar Turkiye, Ukraine, dan Rusia bertemu pada hari Khamis dengan tujuan untuk mencapai keamanan yang berkekalan ketika perang Rusia-Ukraine telah memasuki minggu ketiga.
Mesyuarat tiga pihak peringkat tinggi itu bermula pada 11.20 pagi waktu tempatan (0820GMT) di luar Forum Diplomasi Antalya di Turkiye dan berlangsung selama lebih sejam. - Agensi Antarabangsa
Ulasan