Santuni Dan Beri Sumbangan 82 Keluarga di PPS

 


Oleh : Rohayati Ripin

KUALA TERENGGANU- Muslimat PAS DUN Bukit Tunggal menyantuni 82 keluarga di pusat Perpindahan Sementara (PPS) dengan memberi sedikit sumbangan

.

Ketuanya, Ustazah YM Tuan Roslina Tuan Sulaiman berkata, ia sedikit sebanyak meringankan beban mangsa yang dilanda musibah alam ini.

“Kita dapat menyantuni semua dan di pusat PPS yang terkini 82 keluarga masih ada lagi hari tu sikit je tapi malam tadi bertambah pula. Katanya macam air dari hulu gelombang ke dua jadi bertambah 82 keluarga. Sebelum ini 32 keluarga sahaja.

“Kita juga ambil kesempatan beramah mesra bersama Mangsa Banjir DUN Buluh Gading yang di tempatkan di Sekolah Kebangsaan Banggol Peradong,” jelasnya.

Beliau yang juga Ketua Muslimat PAS kawasan Kuala Nerus berkata demikian ketika ditemui pihak media di rumah salah seorang mangsa banjir di Pulau Duyong, pada 2 Mac yang lalu.

Menurutnya, beliau bersama pasukan menghulurkan sumbangan rumah ke rumah bagi bantuan semua terlibat dengan banjir samada air masuk dalam ataupun air tidak masuk tapi mereka tersekat situasi air yang tinggi di luar kawasan kediaman.

Sementara itu, di peringkat kawasan Kuala Nerus setakat ini belum lagi menghantar misi kebersihan.



“Kita bantu Hulu Terengganu setakat ini dari segi keperluan nasi tengahari. Kita telah hantar empat 1100 bungkus untuk beberapa hari.

“Itu pun keperluan sana macam esok dia nak 500 bungkus. Masak dari sini hantar hak siap dah.
Setakat ini suruh hari pertama ke Telemong , kelmarin ke Ajil dan eok ke Ajil lagi,” katanya.

Beliau menambah, selain daripada makanan, mereka turut memberi bantuan air mineral, alat-alat Wanita, tuala dan telekung solat.

Justeru itu beliau menasihati kepada mangsa yang terlibat dengan musibah banjir agar bersabar dan redha dengan apa yang berlaku kerana ia adalah ketentuan Allah.

“Sentiasa berjaga-jaga takut ada gelombang seterusnya dan apa-apa barang yang berharga boleh letak di tempat yang tinggi dan selamat dari air,” tambah beliau.

Beliau yang mewakili Khairunnisa Terengganu menyerahkan sumbangan Wang tunai bernilai tiga ribu ringgit kepada PAS kawasan Hulu Terengganu, Yang Dipertuanya ,YB Ustaz Maliaman Kasim


Ulasan