Keganasan tentera Myanmar terhadap minoriti Rohingya merupakan "pembunuhan beramai-ramai" dan jenayah terhadap kemanusiaan.
Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS) Antony Blinken mengumumkan, 'Tatmadaw' melakukan serangan berleluasa dan sistematik terhadap etnik paling tertindas itu.
Menurutnya, kampung Rohingya telah dimusnahkan, penduduk dibunuh besar-besaran dan dirogol, diseksa, didera dan lain-lain perbuatan yang mengerikan.
Katanya, ia berdasarkan penemuan Jabatan Negara AS dan dokumentasi luar daripada kumpulan hak asasi manusia.
"menunjukkan niat jelas di sebalik kekejaman besar-besaran ini, niat untuk memusnahkan Rohingya, secara keseluruhan atau sebahagian." jelasnya.
Kenyataan itu kata beliau, disokong bukan sahaja oleh laporan bekas tentera yang berpaling tadah, tetapi juga usaha ditunjukkan tentera untuk menghalang Rohingya daripada melarikan diri daripada keganasan sistemik.
"Ini menunjukkan niat tentera melangkaui pembersihan etnik kepada kemusnahan sebenar Rohingya," katanya
"Peratusan, nombor, corak, niat. Ini amat penting untuk mencapai penentuan pembunuhan beramai-ramai. Tetapi pada masa yang sama, kita mesti ingat bahawa di sebalik setiap angka ini terdapat banyak tindakan kejam dan tidak berperikemanusiaan individu," tambahnya.
Pengumuman itu dibuat kira-kira lima tahun selepas tentera, yang secara rasmi dikenali sebagai Tatmadaw, secara mendadak meningkatkan tindakan keras terhadap kumpulan minoriti Islam.
Lebih 1.2 juta Rohingya telah melarikan diri dari Myanmar yang majoriti penganut Buddha, dan berpuluh-puluh ribu terbunuh.
Oleh itu, menurutnya, sekatan tambahan dijangka akan dikenakan di bawah penentuan AS ke atas junta Myanmar yang telah disenaraihitamkan.
Penentuan AS itu dibuat ketika mahkamah tertinggi PBB menyambung semula prosidingnya pada Februari untuk menentukan sama ada Myanmar bertanggungjawab melakukan pembunuhan beramai-ramai.
Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) telah mendengar kes itu dan menuduh Myanmar melanggar Konvensyen 'Genosid' dalam tindakan kerasnya terhadap masyarakat Rohingya, selama lebih dua tahun.
Sehubungan itu Blinken berkata, AS telah membekalkan maklumat untuk mengukuhkan dakwaanyang menurutnya adalah satu usaha untuk "meletakkan asas untuk akauntabiliti masa depan."
Pada Januari 2020, ICJ telah mengenakan "langkah sementara", mengarahkan penamatan amalan pembunuhan beramai-ramai terhadap Rohingya.
Myanmar diwakili dalam kes itu oleh bekas Ahli Majlis Negeri Aung San Suu Kyi, yang digulingkan dalam rampasan kuasa Tatmadaw pada Februari 2021, dan telah dipenjarakan oleh junta atas pelbagai pertuduhan.
Pengambilalihan tentera telah mencetuskan protes besar-besaran di Myanmar di mana tentera junta telah membunuh lebih daripada 1,500 orang dalam tindakan keras terhadap perbezaan pendapat, menurut Persatuan Bantuan untuk Tahanan Politik, sebuah kumpulan pemantau tempatan.
Ulasan