Visi Kemelah; Cikgu Mala Angkat Isu Pendidikan


 Oleh :Fatimah Din

SEGAMAT -  Pendidikan wanita, generasi muda dan kepenggunaan, menjadi fokus calon NO4 DUN Kemelah, Cikgu Normala Sudirman dalam kempennya.

'Visi Kemelah' menurutnya, serasi dengan dirinya sebagai seorang guru dan in shaa Allah akan beliau  usahakan sedaya upaya, sekiranya diberi mandat pada 12 Mac ini.

Beliau ingin melihat program-program yang berasaskan ilmu giat dijalankan kerana beliau yakin, ia akan membawa manusia kepada kehidupan yang lebih baik 

"serta dapat menilai yang baik dan buruk dan dengan pendidikan boleh membuat kehidupan warga DUN Kemelah ini lebih lestari adalah agenda utama saya," jelasnya.

Beliau berkata ketika ditemui hari ini, mengulas ucapannya pada program sembang atas talian 'Nasi Himpit Kuah Lodeh' pada 2 Mac.

Selain itu, beliau berharap lebih banyak Pusat Pendidikan Khas dibuka bagi anak-anak istimewa termasuk golongan lembam (slow leaner) dan cacat penglihatan.

"Besarlah hasrat saya sekiranya dipilih oleh warga DUN Kemelah untuk membawa pelbagai isu tempatan dalam Dewan Undangan Negeri," tegasnya.


Ulasan