209 Muslimat Meriahkan Tadarus Bersama Daie

 


Oleh:Fatimah Din 

MARANG - Seramai 209 orang Muslimat dari seluruh Marang telah memeriahkan  program bertadarus bersama dai'e yang mewakili keempat - empat Dewan Undangan Negeri(DUN) di kawasan itu. 

Timbalan Setiausaha Badan Perhubungan PAS Negeri Terengganu(BPPNT), Ustaz Khalil Abdul Hadi memuji usaha murni Muslimat mengadakan program seperti itu. 

"Moga Allah memberi kekuatan untuk meneruskan saki baki dalam bulan Ramadan untuk mengejar malam Lailatulqadar " katanya. 


Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan program tahunan Muslimat PAS Kawasan Marang itu yang diadakan Dewan Maahad Darul Quran, Rusila di sini.pada 24 April lalu. 

Di samping itu,  daie  yang mewakili DUN Alor Limbat, Bukit Payong, Rhu Rendang dan Pengkalan Berangan, beberapa orang guru Sekolah Rendah Darul Iman Bestari (SRIDI) dan Sekolah Rendah Islam Darul Quran (SRIDQ) turut menerima saguhati.

Manakala pentazkirah, Ustaz Yusuf Abdul Hadi berkata  Al-Quran akan memberi syafaat kepada mereka yang membacanya. 

"Bukan baca sahaja, termasuklah mendengar pun dapat pahala juga," katanya.

Ulasan