22 April 2022

300 Pek Makanan Buah Tangan Untuk Bersahur


DUNGUN - Sebanyak 300 pek makanan sebagai buah tangan untuk bersahur diedarkan kepada petugas - petugas keselamatan, kesihatan dan orang ramai yang ditemui sepanjang dua malam Program Singgah Sahur. 

Naib Ketua Pemuda Parti Islam Se-Malaysia(PAS) Dewan Undangan Negeri(DUN) Rantau Abang, Utbah Hassan berkata program tersebut adalah rutin setiap kali bulan Ramadan adalah anjuran Pemuda DUN. 

"Kita mula program pada pukul 11.00 malam sehingga 2.00 pagi, malam pada  pertama, 19 April, kita singgah 25 tempat dan telah mengedarkan sebanyak 144 pek makanan bermula di Sekolah Kebangsaan Kampung Wa sampai ke Hospital Baharu Dungun," katanya. 


Beliau berkata demikian ketika ditemui di sini hari ini menceritakan program yang diadakan pada 19 dan 20 haribulan itu yang turut disertai oleh Pengarah Majlis Tindakan DUN(MTD) Rantau Abang Cikgu Alias Harun. 

Manakala, tambahnya lagi, malam kedua mereka yang dibahagikan kepada dua kumpulan telah singgah bermula di Sekolah Kebangsaan Tok Kah sehingga ke Pusat Latihan Polis(Pulapol) Rantau Abang. 

"Kami singgah di sekolah - sekolah, klinik-klinik, hospital, tempat-tempat santai anak muda, siapa sahaja kami temui kami akan berikan pek makanan itu," ujarnya yang turut mengucapkan terimakasih kepada Cikgu Alias yang sentiasa turun padang untuk bertemu mata dengan orang muda.

Tiada ulasan:

Rayuan Bantuan Untuk Mangsa Banjir Baling

"Sesiapa yang melapangkan kesusahan seseorang Muslim, maka Allah SWT akan melapangkan kesukarannya pada hari kiamat. Sesiapa yang menut...