25 April 2022

380 Terima 'Agihan Sinar Ramadan'


Oleh : Abay Chik

MARANG - Seramai 380 individu terdiri daripada golongan asnaf di bawah kategori fakir dan miskin, menerima 'Agihan Sinar Ramadan' tahun ini, peringkat DUN Rhu Rendang.

Ahli Jawatakuasa PAS Marang, Cikgu Haron Yusuh berkata,  keseluruhan belanja program kebajikan itu berjumlah RM19,000.00. 

"diberikan kepada mereka yang terpilih, 10 orang dari setiap 38 JPKK yang berada dalam DUN Rhu Rendang untuk menyambut Ramadan Al-Mubarak.

"Penerima agihan Sinar Ramadan mendapat barangan keperluan asas makanan," ujar beliau yang juga Ketua Pegawai Penyelaras Parlimen Marang, semalam. 

Menurut Cikgu Haron, sumbangan agihan Sinar Ramadan telah telah disampaikan oleh YB Tan Sri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, Presiden PAS Malaysia bertempat di Dewan Tok Guru, di sini. 

Beliau mengucapkan jutaan terima kepada semua pihak yang banyak membantu melancarkan dan menjayakan program tersebut .

Tiada ulasan:

Rayuan Bantuan Untuk Mangsa Banjir Baling

"Sesiapa yang melapangkan kesusahan seseorang Muslim, maka Allah SWT akan melapangkan kesukarannya pada hari kiamat. Sesiapa yang menut...