19 April 2022

500 Meriahkan Majlis Iftar PN Hulu Terengganu

 


Oleh : Azhar Yusof

HULU TERENGGANU - Lebih 500 tetamu dari seluruh Hulu Terengganu hadir memeriahkan Majlis Berbuka Puasa Perikatan Nasional (PN) Hulu Terengganu semalam.

Dalam majlis tersebut turut diadakan sumbangan kepada Institusi Pondok dan Tabung Ihya’ Ramadan Masjid dalam daerah Hulu Terengganu yang telah disampaikan oleh Ketua Badan Perhubungan PN Kawasan Hulu Terengganu merangkap Ahli Parlimen Hulu Terengganu, Dato’ Rosol Wahid.

Yang Dipertua PAS Hulu Terengganu, Ustaz Maliaman Kassim yang hadir sama berkata, program terbabit bertujuan mengukuhkan hubungan PN dengan institusi masjid dan pondok.


“Saya berterima kasih kepada urus setia penganjur kedua dua parti politik. Walaupun yang menganjurkan ini parti politik, tetapi semua masyarakat tidak mengira batas sempadan politk hadir.

“itu lah amalan politik yang kita cuba ketengahkan tanpa membeza pangkat, kebesaran, harta dan status kedudukan seseorang supaya masyarakat akan terus bersama untuk memperkukuh kekuatan agama,kekuatan bangsa melayu dan Negara," katanya dalam majlis itu.

Majlis yang berlangsung di Dewan Majlis Daerah Hulu Terengganu Kuala Berang itu dihadiri oleh penduduk sekitar dan juga pemimpin kedua-dua parti.


Terdahulu, sekitar jam 5 petang sebelum berlangsungnya majlis berbuka, telah diadakan agihan Bubur Lambuk kepada pengguna jalan raya di hadapan Pejabat Majlis Daerah Hulu Terengganu.

Tiada ulasan:

Rayuan Bantuan Untuk Mangsa Banjir Baling

"Sesiapa yang melapangkan kesusahan seseorang Muslim, maka Allah SWT akan melapangkan kesukarannya pada hari kiamat. Sesiapa yang menut...