11 April 2022

Bubur Lambuk BPPNT, Sekali Makan Nak Lagi !


KUALA TERENGGANU – Bubur Lambuk Badan Perhubungan PAS Terengganu (BPPNT) menu istimewa sangat enak pada setiap Ramadan dan sesiapa merasainya sekali, pasti nak makan lagi.

Pengerusi Kelab Kebajikan Kakitangan Pejabat PAS Terengganu (KEBAP), Ustaz Zakaria Dagang berkata, juadah untuk berbuka puasa itu menjadi pilihan wajib, diberikan secara percuma kepada orang ramai di sekitar pejabat PAS negeri.

"Setiap dua kali seminggu pada Isnin  dan Rabu diagihkan kepada orang yang lalu lalang sekitar Pejabat Perhubungan PAS negeri bermula  pada pukul tiga petang.

"Dan bermula hari Rabu lalu kita telah edarkan 1000 bekas untuk satu sesi program. maknanya  2000 bekas kita akan edarkan dalam seminggu," jelasnya.

Beliau yang juga Setiausaha PAS kawasan Kuala Nerus berkata demikian ketika ditemui pihak media di Pejabat BPPNT, pada semalam.

Menurutnya, pembahagian bubur lambuk merupakan acara tahunan yang telah dilaksanakan sejak tujuh tahun yang lalu.


"Kita harap program yang kita buat ini insya Allah dapat merapat hubungan dengan pihak luar.

"Dan juga mudah-mudahan sedikit sebanyak yang kita beri dapat memberi pulangan balik kepada para penyumbang kita memberi makan kepada orang berpuasa," ujar Ustaz Zakaria.

Justeru itu, beliau berharap lebih ramai lagi berbesar hati menyumbang untuk program seumpama ini.

"Mudah-mudahan dapat diteruskan secara lebih meluas lagi bukan sahaja Ahli Yang Berhormat (AYB) sahaja, Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang lain yang berminat untuk turut sama  membantu.

"Terima kasih banyak kepada semua yang menyumbang," tambah beliau lagi.

Tiada ulasan:

Rayuan Bantuan Untuk Mangsa Banjir Baling

"Sesiapa yang melapangkan kesusahan seseorang Muslim, maka Allah SWT akan melapangkan kesukarannya pada hari kiamat. Sesiapa yang menut...