Oleh : Wajihah Rosli
SETIU - Muslimat Dewan Undangan Negeri (DUN) Langkap mengedarkan 200 bekas kuih puteri mandi sebagai juadah berbuka puasa, sempena bulan Ramadan yang mulia tahun ini
Ketuanya, Rohani Awang berkata, dengan kerjasama Lajnah Kebajikan Muslimat DUN, berganding bahu untuk menyediakannya dan diagihkan kepada setiap cawangan.
"Bulan Ramadan kali ini terasa lebih meriah kerana sudah boleh berprogram seperti biasa, teringat tahun lepas, tak dapat buat program sebegini,
" Terima kasih yang turun padang , sama-sama buat kuih dan membungkus nya, harapannya moga kuih muih dapat menggembirakan mereka yang berbuka," katanya ketika dihubungi.
Seorang warga emas berkongsi kegembiraannya apabila menerima kuih puteri mandi yang mana antara kuih kesukaannya juga .
" Mok cik hak suka sangat kuih teri mandi , ni kuih ore dulu-dulu ni, "katanya
Ulasan