Pemuda Besut Hidupkan Bulan Mulia Dengan Nur Ramadan 13.0


KUALA TERENGGANU - Pemuda PAS kawasan Besut hidupkan bulan mulia dengan program Nur Ramadan 13.0 yang dianjurkan setiap tahun dengan pelbagai aktiviti kemasyarakatan.

Ahli Jawatankuasa Kerja Pemuda PAS kawasan Besut, Cikgu Syamri Razak berkata, akitiviti ini sudah 13 tahun diadakan.

"Kita menghidupkan aktiviti pada bulan Ramadan dengan aktiviti pertama setiap hari Rabu kita adakan ziarah dan menyantuni sebanyak mungkin asnaf untuk kita sumbangkan zakat serta barang makanan yang berkaitan.

"Selain itu, kita juga menganjurkan berbuka puasa dengan rumah asnaf. Kita pilih rumah asnaf sorang, satu minggu satu rumah Dan kita beli semua makanan dan bawa makanan  rumah dia serta makan bersama-sama dengan mereka," jelasnya.

Beliau berkata demikian ketika dihubungi pada semalam.


Menurut beliau , sasaran untuk ziarah setiap DUN ialah 10 hingga 20 orang.

Sementara itu, singgah sahur turut diadakan di mana semua warga pekerja disantuni yang bekerja disebelah malam.

"Kami beri makanan sahur terutama Pengawal Keselamatan, kakitangan di Balai Bomba, Seven Eleven, Polis, pekerja Majlis Daerah yang mengangkut sampah.

"Kita juga beli baju raya kepada seramai 120 orang di setiap DUN anak-anak asnaf dan orang miskin sempena menjelang Aidilfitri nanti," ujar beliau.

Di samping itu juga , aktiviti lama yang mana mungkin ditinggalkan generasi baharu juga dijelmakan semula.

"Kita ada program bubur lambuk  dan kita serah kepada masyarakat sekeliling untuk kita hidupkan balik aktiviti yang lama yang mungkin ditinggali oleh warga lama kita hidupkan balik bubur lambuk.

"Kita santuni seberapa ramai mungkin untuk kita merasai bubur lambuk yang mana kita buat di setiap DUN sebanyak 200 bekas dan empat kali minimum lapan kali maksimum," tambah Cikgu Syamri.

Ulasan