PN Masih Mendominasi Kerajaan Persekutuan


KUALA TERENGGANU - Gabungan parti-parti Perikatan Nasional (PN) masih mendominasi kerajaan persekutuan dengan memiliki lebih 70 kerusi. 

Presiden PAS Tan Sri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, parti itu menerus dan meneguhkan kerjasama PN dan Muafakat Nasional (MN). 

"Kita akan teruskan kerjasama dan MOU dengan Pakatan Harapan kita akan buat keputusan bersama, 

"satu perjumpaan telah dibuat dengan Perdana Menteri(PM) dengan Pengerusi PN, saya sendiri dan parti parti komponen," jelasnya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas kuliah mingguannya di masjid Rusila, pada Jumaat 15 April. 

Oleh itu, Ahli Parlimen Marang itu berkata, dalam pertemuan tersebut PM bersetuju, sebarang keputusan mesti dibuat bersama. 

"Tak tau itu adalah pandangan Umno kerana kerajaan ini kerajaan PN dominasi, 70 kerusi adalah PN dan gabunganya. Umno sebahagian daripadanya." tegasnya. 

Justeru kata beliau, PAS serahkan kepada rakyat, soal siapa yang akan mengetuai kerajaan selepas PRU15. 

"Rakyat menentukan siapa yang akan menang, jadi rakyat yang akan menentukan siapa, parti mana akan menjadi kerajaan, 

"kita tak perlu gopoh macam yang berlaku selepas PRN Johor, calon orang lain, yang naik orang lain. Order barang lain, sampai barang lain." tambah beliau. 


Ulasan