14 April 2022

Program Laman Suri Sokong Muslimat Minat Bertanam


KUALA TERENGGANU -  Muslimat PAS Kawasan Kuala Terengganu melancarkan Program Laman Suri bagi menyokong minat dan inisiatif bercucuk tanam di kalangan wanita. 

Ketuanya, Zuraida Md Noor berkata kegiatan itu dapat menjana pendapatan tambahan kepada keluarga selain meningkatkan gaya hidup sihat dengan memanfaatkan halaman rumah sendiri.

"Amat bersesuaian dengan situasi kos sara hidup yang semakin meningkat, ianya dapat membantu menambah pendapatan keluarga," ujarnya.

Beliau yang juga Naib Ketua Muslimat PAS Terengganu berkata demikian ketika berucap merasmikan projek  Lajnah Asas Tani dan Alam Sekitar(LATAS) Muslimat kawasan itu di  Batu Buruk pada 9 April. 

Di dalam majlis tersebut, beliau turut menyampaikan barang-barang pertanian kepada  20 orang ibu tunggal sebagai galakan untuk mereka bercucuk tanam.

"Projek seperti ini memberi ruang dan peluang kepada wanita terutamanya surirumah dalam kawasan Kuala Terengganu untuk memeriahkan suasana bertanam sekaligus saling bertukar ilmu dan pengalaman terutama dalam bab pertanian," katanya ketika dihubungi hari ini.

Tiada ulasan:

Rayuan Bantuan Untuk Mangsa Banjir Baling

"Sesiapa yang melapangkan kesusahan seseorang Muslim, maka Allah SWT akan melapangkan kesukarannya pada hari kiamat. Sesiapa yang menut...