Usaha Pemuda Terpuji


KUALA NERUS - Usaha kepimpinan Pemuda PAS DUN Buluh Gading yang mengambil berat terhadap tenaga penggerak PASTI adalah inisiatif yang sangat terpuji.

Naib Yang Dipertua PAS Kuala Nerus Ustaz Ridzuan Hashim berkata, ia  menggambarkan kecaknaan mereka menghargai pengorbanan masa dan tenaga petugas PASTI.

"Mereka bersama-sama menjayakan misi perjuangan kita melalui pendidikan diperingkat rendah, yang merupakan antara aset yang penting untuk masa depan kelangsungan perjuangan Islam yang kita langsungkan melalui PAS ini."tegas ADUN Buluh Gading itu 

Beliau berkata demikian selepas turut sama pada Majlis Iftar dan Penyampaian Sumbangan Aidilfitri bersama Guru-Guru PASTI DUN Buluh Gading, Rabu, 27 April 2022


Katanya, sumbangan dan pengorbanan yang begitu besar oleh warga kerja PASTI tidak mampu dibalas 

"dalam apa-apa bentuk material, kerana sumbangan yang diberi bukan hanya untuk masa depan hidup di dunia malah untuk menjamin kehidupan alam akhirat sana." jelasnya.

Justeru beliau mengucapkan jutaan terima kasih di atas semua tindakan 'karyawan' PASTI yang tidak pernah merasa jemu dan terus istiqamah.

"Kita doakan agar pengurusan PASTI DUN Buluh Gading dapat diperkasakan lagi di masa-masa akan datang." tambah beliau .


Ulasan