5, 000 Penduduk Meriahkan Sambutan Raya PAS Telemong


HULU TERENGGANU- Lebih 5,000 penduduk telah hadir bagi memeriahkan sambutan Hari Raya Aidilfitri di Dewan Undangan Negeri ( DUN) Telemong.

Ahli Jawatankuasa PAS Hulu Terengganu, Mohamad Yusuf Abdullah berkata, sambutan luar jangka itu menjadi bukti penerimaan masyarakat Hulu Terengganu semakin baik.

"Dimana boleh dikatakan apa jua program yang kita lakukan sentiasa dihadiri oleh seluruh penduduk di sini ini kerana kita sentiasa mengambil cakna akan kebajikan mereka.

"Antara kejayaan terbesar  yang berjaya menambat hati mereka sepanjang pemerintahan kita ialah berjaya menunaikan hampir kesemua janji manifesto, terutamanya dalam isu berkaitan dengan tanah, banyak yang telah kita berjaya selesaikan isu-isu yang selama ini tidak dapat diselesaikan oleh kerajaan UMNO dahulu, " ujarnya.

Beliau berkata demikian, ketika ditemui pihak media, di Sambutan Hari Raya PAS DUN Telemong, di Dataran Kuala Ping, semalam.

Mengenai persiapan sambutan raya itu katanya, pihaknya telah bersiap sedia seminggu lebih awal.

"Dimana semua juadah yang dihidangkan ini disediakan oleh 45 Jawatankuasa Pembangunan Keselamatan Kampung (JPKK), di mana kesemuanya mengambil bahagian, antara menu istimewa ialah kambing golek, nasi dagang, nasi minyak, satay dan pelbagai lagi.

"


Antara sebab kita memilih waktu malam, bagi memastikan kehadiran penuh masyarakat setempat, dimana mereka boleh hadir bersama keluarga, jika dibuat di waktu siang maka sudah tentu ramai yang tidak boleh hadir kerana ramai yang bekerja," ujarnya.

Jelasnya antara pengisian program, ucapan pimpinan, cabutan bertuah dan kemuncaknya pertunjukkan bunga api.

"Rata-rata yang hadir kelihatan begitu gembira terutamanya apabila menerima hadiah cabutan bertuah, dimana hadiah utamanya adalah peti sejuk, mesin basuh, dan juga basikal manakala mereka yang berusia bawah 17 tahun kita berikan duit raya.

"Antara tetamu yang hadir ialah, Yang Dipertua DUN Terengganu, Dato' Yahaya Ali, AJK PAS Terengganu, Ustaz Kamaruzzaman Abdullah, Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu, Ustaz Mohd Harun Esa,  Naib Ketua DPPNT, Ustaz Hamdi Harun, Yang DiPertua PAS Hulu Terengganu, Ustaz Maliaman Kassim dan Ketua Penerangan Hulu Terengganu, Mohd Safari Abu.

Ulasan