Kehadiran Pemimpin BERSATU Kukuhkan PN


 BESUT - Kehadiran pemimpin Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) di majlis Aidifitri PAS Kawasan Besut mengukuhkan lagi hubungan diantara kedua-dua parti Melayu Islam itu.

Setiaussaha PAS Kawasan Besut Cikgu Shalahuddin Jaafar berkata, seramai 10 orang kepimpinan BERSATU menceriakan lagi program yang ddikunjungi lebih 5000 orang memeriahkan sambutan hari raya kali ini.

“Tahun ini sambutan lebih meriah setelah dua tahun tidak membuat rumah terbuka kerana pendemik.

“Kali ini PAS kawasan menjemput orang ramai, parti-parti politi, Perantau, NGO dan kakitangan jabatan-jabatan kerajaan.” ujarnya ketika dihubungi semalam.

Menurutnya hari terbuka Aidilfitri telah diadakan pada Ahad, 8 Mei 2022 di Dewan Terbuka Gong Kemuntong dengan sajian pelbagai juadah seperti nasi dagang, nasi minyak, ketupat, tapai, sate, lemang dan kambing bakar.


Beliau berkata, majlis tersebut dihadiri oleh Exco Kerajaan Negeri YB Haji Nurkhuzaini Abd. Rahman dan YB. Dr. Azman Ibrahim serta Pegawai Pendidikan Daerah, Yang Dipertua Majlis Daerah Besut serta wakil jabatan-jabatan kerajaan.

“yang hadir dalam kalangan pemimpin BERSATU ialah Ketua Bahagian, Husaimi Husin, Setiausahanya Mohd Azrulhisyam dan Ketua Wanita Saudari Norma,

“ia dapat dapat mengeratkan hubungan antara parti dalam gabungan Perikatan Nasional (PN),” tambahnya.

Oleh itu, beliau selaku Pengarah Program mengucapkan terima kasih kepada semua yang hadir temasuk anggota APM, BOMBA, RELA, ABIM, PDRM serta semua ahli, penyokong dan pendokong PAS.

“Saya ingin mengucapkan terima kasih juga kepada semua petugas yang terlibat seperti  Jabatan Amal, Muslimat, Ameerah, Briged, Pemuda, JPKK, dan orang perseorangan yang menjayakan program tersebut,” tambahnya.

Ulasan