Majlis Hari Raya Kuala Besut Meriah


BESUT - Majlis Jamuan sempena Hari Raya Aidilfitri Peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut disambut meriah selepas dua tahun tidak diadakan berikutan pandemik Covid-19. 

Pengarah Majlis Tindakan DUN Kuala Besut, Haji Azbi Salleh Haji Azbi Salleh berkata, dengan kelonggaran yang diberikan kerajaan, Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) DUN terbabit  telah mengadakan Majlis itu. 

Katanya, Majlis diadakan bagi meraikan penduduk Dun Kuala Besut selepas dua tahun tidak dapat menyambut hari mulia beramai-ramai. 

"tahun ini selepas negara memasuki Fasa Peralihan ke Endemik pada 1 April lepas, pihak  Jamuan Hari Raya pada 5 Mei 2022. 


“Kita telah menjamu 20 kawah gulai daging dan pelbagai juadah kuih muih kepada penduduk yang hadir. 

“Majlis ini diadakan lebih awal pada hari raya keempat bagi meraikan perantau yang pulang ke kampung bagi menyambut hari raya,"ujar Haji Azbi selepas prigram tersebut. 

Menurutnya, seramai 5000 orang penduduk Dun Kuala Besut telah mengadiri bagi memeriahkan majlis tersebut yang diadakan di Perkarangan Pejabat PKM Dun Kuala Besut yang bermula jam 10 pagi hingga 3 petang. 

" Di antara tetamu yang hadir dalam majlis tersebut ialah Exco Kerajaan Negeri Terengganu, YB Haji Nurkhuzaini Ab Rahman dan Pendakwah Terkenal, Ustazah Asmak Harun." tambahnya. 

Beliau turut mengucapkan ribuan terima kasih kepada penduduk dan tetamu yang telah hadir dalam majlis tersebut.

Ulasan