Memperingati Sykes-Picot Dan Nakbah Tanda Ajal Negara Haram Israel


Palestin dirompak dengan rakus semata-mata bagi menubuhkan negara Israel secara haram. Tanah suci itu dirampas daripada umat yang benar-benar berhak, seterusnya diberikan kepada golongan yang tidak berhak dari segi agama dan sejarah selepas tamat dua Perang Dunia.


Kini, Allah SWT mendedahkan kelemahan bangsa Yahudi walaupun mereka telah berjaya menubuhkan negara haram Israel atas alasan perjuangan untuk mengembalikan Negara Agung Israel (The Greater Israel) yang menguasai dunia. Pada hari ini, impian tersebut menjadi perjuangan kumpulan Zionis yang paling fanatik, dengan sokongan semua kuasa besar dunia yang memiliki kuasa veto di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Firman Allah SWT:

﴿لَأَنتُمۡ أَشَدُّ رَهۡبَةٗ فِي صُدُورِهِم مِّنَ ٱللَّهِۚ ذَٰلِكَ بِأَنَّهُمۡ قَوۡمٞ لَّا يَفۡقَهُونَ١٣ لَا يُقَٰتِلُونَكُمۡ جَمِيعًا إِلَّا فِي قُرٗى مُّحَصَّنَةٍ أَوۡ مِن وَرَآءِ جُدُرِۢۚ بَأۡسُهُم بَيۡنَهُمۡ شَدِيدٞۚ تَحۡسَبُهُمۡ جَمِيعٗا وَقُلُوبُهُمۡ شَتَّىٰۚ ذَٰلِكَ بِأَنَّهُمۡ قَوۡمٞ لَّا يَعۡقِلُونَ١٤﴾ 

“(Kerana) sesungguhnya kalian dalam hati mereka (kaum Yahudi), lebih ditakuti daripada Allah; Oleh yang demikian, disebabkan mereka ialah kaum yang tidak mengerti (akan kekuasaan Allah dan kebesaran-Nya). (13); (Orang-orang Yahudi dan orang-orang munafiq) dengan keadaan bersatu padu sekalipun, tidak berani memerangi kalian melainkan di kampung-kampung yang mempunyai benteng kukuh, atau di sebalik tembok. Permusuhan antara mereka sesama sendiri amatlah keras; kamu menyangka mereka bersatu padu, sedangkan hati mereka berpecah belah (disebabkan berlainan kepercayaan mereka). Hal ini demikian kerana, mereka ialah kaum yang tidak memahami (perkara yang sebenarnya yang memberikan kebaikan kepada mereka). (14)” (Surah al-Hasyr: 13-14)

Sebab ayat di atas diwahyukan adalah ketika kaum Yahudi dengan rakus menentang Islam secara langsung ketika itu dipimpin oleh Rasulullah SAW, yang diketahui dan disebutkan dalam kitab Taurat serta didedahkan oleh para pendeta mereka yang memeluk Islam. Oleh itu, kaum Yahudi menjadi kaum yang paling dimurkai Allah SWT dalam kalangan musuh-musuh Islam. 

Sekalipun mereka menguasai ekonomi dan mempunyai ramai cerdik pandai sehingga mempergunakan kaum lain yang membentuk pasukan Ahzab (kumpulan bersekutu) untuk menyerang Islam bagi menghapuskannya, namun mereka menemui kegagalan. Dan akhirnya, mereka dihalau dari Madinah dan kawasan sekitarnya, seterusnya mereka larikan diri ke seluruh pelosok dunia. 

Al-Quran ialah petunjuk yang kekal sepanjang zaman dan sebab-sebab yang disebutkan dalam isi kandungannya pasti akan berulang. Hal ini merupakan suatu cabaran kepada umat Islam secara berterusan.

Kini, mereka kembali semula dan berjaya menubuhkan negara dan membentuk pasukan Ahzab yang baharu dengan mengumpulkan kuasa besar dunia. Termasuk juga kumpulan munafiq dalam kalangan orang Arab dan bangsa lain untuk bersama bagi melaksanakan agenda mereka dengan rakus, namun mereka mempunyai kelemahan yang sama dalam diri masing-masing.

Kerakusan mereka dengan mengganas secara melampau dan mendirikan tembok yang banyak, serta mengumpulkan senjata yang pelbagai jenis tidak akan dapat mempertahankan kedudukan mereka. Malah, segala perancangan mereka pasti akan gagal sebagaimana yang telah dijanjikan Allah SWT.   

Mantan Perdana Menteri Israel, Ehud Barak yang juga pernah menjadi Menteri Pertahanan Israel menyatakan suatu amaran bahawa negara Israel kini berada di penghujung untuk sampai ajalnya jika tidak diselesaikan masalah dalaman mereka berdasarkan kepada sejarah bangsa Yahudi sejak zaman berzaman. Perkara tersebut dinyatakan dalam akhbar paling besar sebarannya dalam bahasa Ibrani (Hebrew) iaitu akhbar Yedioth Ahronoth (bulan Mei). 

Bahkan, kenyataan yang senada disebutkan oleh para penganut agama Yahudi yang paling Ortodoks (Naturei Karta) bahawa penubuhan negara Israel pada akhir zaman adalah menempah maut kepada bangsa Yahudi. Menurut mereka perbuatan tersebut laksana menggali kubur mereka sendiri.

Ketika berlaku peristiwa Ahzab pada zaman Rasulullah SAW, Allah SWT telah mewahyukan kepada mereka yang beriman ayat-ayat yang banyak dalam Surah al-Ahzab yang dinamakan bersempena dengan peristiwa tersebut. Antaranya, firman Allah SWT:

﴿أَشِحَّةً عَلَيۡكُمۡۖ فَإِذَا جَآءَ ٱلۡخَوۡفُ رَأَيۡتَهُمۡ يَنظُرُونَ إِلَيۡكَ تَدُورُ أَعۡيُنُهُمۡ كَٱلَّذِي يُغۡشَىٰ عَلَيۡهِ مِنَ ٱلۡمَوۡتِۖ فَإِذَا ذَهَبَ ٱلۡخَوۡفُ سَلَقُوكُم بِأَلۡسِنَةٍ حِدَادٍ أَشِحَّةً عَلَى ٱلۡخَيۡرِۚ أُوْلَٰٓئِكَ لَمۡ يُؤۡمِنُواْ فَأَحۡبَطَ ٱللَّهُ أَعۡمَٰلَهُمۡۚ وَكَانَ ذَٰلِكَ عَلَى ٱللَّهِ يَسِيرٗا١٩ يَحۡسَبُونَ ٱلۡأَحۡزَابَ لَمۡ يَذۡهَبُواْۖ وَإِن يَأۡتِ ٱلۡأَحۡزَابُ يَوَدُّواْ لَوۡ أَنَّهُم بَادُونَ فِي ٱلۡأَعۡرَابِ يَسۡ‍َٔلُونَ عَنۡ أَنۢبَآئِكُمۡۖ وَلَوۡ كَانُواْ فِيكُم مَّا قَٰتَلُوٓاْ إِلَّا قَلِيلٗا٢٠ لَّقَدۡ كَانَ لَكُمۡ فِي رَسُولِ ٱللَّهِ أُسۡوَةٌ حَسَنَةٞ لِّمَن كَانَ يَرۡجُواْ ٱللَّهَ وَٱلۡيَوۡمَ ٱلۡأٓخِرَ وَذَكَرَ ٱللَّهَ كَثِيرٗا٢١ وَلَمَّا رَءَا ٱلۡمُؤۡمِنُونَ ٱلۡأَحۡزَابَ قَالُواْ هَٰذَا مَا وَعَدَنَا ٱللَّهُ وَرَسُولُهُۥ وَصَدَقَ ٱللَّهُ وَرَسُولُهُۥۚ وَمَا زَادَهُمۡ إِلَّآ إِيمَٰنٗا وَتَسۡلِيمٗا٢٢ مِّنَ ٱلۡمُؤۡمِنِينَ رِجَالٞ صَدَقُواْ مَا عَٰهَدُواْ ٱللَّهَ عَلَيۡهِۖ فَمِنۡهُم مَّن قَضَىٰ نَحۡبَهُۥ وَمِنۡهُم مَّن يَنتَظِرُۖ وَمَا بَدَّلُواْ تَبۡدِيلٗا٢٣ لِّيَجۡزِيَ ٱللَّهُ ٱلصَّٰدِقِينَ بِصِدۡقِهِمۡ وَيُعَذِّبَ ٱلۡمُنَٰفِقِينَ إِن شَآءَ أَوۡ يَتُوبَ عَلَيۡهِمۡۚ إِنَّ ٱللَّهَ كَانَ غَفُورٗا رَّحِيمٗا٢٤ وَرَدَّ ٱللَّهُ ٱلَّذِينَ كَفَرُواْ بِغَيۡظِهِمۡ لَمۡ يَنَالُواْ خَيۡرٗاۚ وَكَفَى ٱللَّهُ ٱلۡمُؤۡمِنِينَ ٱلۡقِتَالَۚ وَكَانَ ٱللَّهُ قَوِيًّا عَزِيزٗا٢٥ وَأَنزَلَ ٱلَّذِينَ ظَٰهَرُوهُم مِّنۡ أَهۡلِ ٱلۡكِتَٰبِ مِن صَيَاصِيهِمۡ وَقَذَفَ فِي قُلُوبِهِمُ ٱلرُّعۡبَ فَرِيقٗا تَقۡتُلُونَ وَتَأۡسِرُونَ فَرِيقٗا٢٦ وَأَوۡرَثَكُمۡ أَرۡضَهُمۡ وَدِيَٰرَهُمۡ وَأَمۡوَٰلَهُمۡ وَأَرۡضٗا لَّمۡ تَطَ‍ُٔوهَاۚ وَكَانَ ٱللَّهُ عَلَىٰ كُلِّ شَيۡءٖ قَدِيرٗا٢٧﴾ 

“Mereka bersikap bakhil terhadap kalian (wahai orang-orang Mukmin untuk memberikan sebarang pertolongan); dalam pada itu apabila datang (ancaman musuh yang menimbulkan) ketakutan, engkau melihat mereka memandang kepadamu (wahai Muhammad lalu meminta pertolonganmu) dengan keadaan mata mereka terbalik-balik seperti orang yang pengsan semasa hampir mati. Kemudian, apabila hilang perasaan takut itu, mereka mencela kalian dengan lidah yang tajam, sambil mereka tamak akan kebaikan (yang diberikan Allah kepada kalian). Mereka itu tidak beriman, lalu Allah gugurkan amal-amal mereka. Oleh yang demikian, perkara itu adalah mudah bagi Allah untuk melaksanakannya. (19); Mereka (golongan munafiq) menyangka bahawa tentera Ahzab (yang bersekutu) itu belum pergi; dan sekiranya tentera bersekutu itu datang semula, tentulah mereka ingin tinggal jauh di desa-desa bersama-sama orang-orang Arab Badwi sambil bertanyakan berita mengenai kalian; dan seandainya mereka ada bersama-sama kalian (pada ketika itu), mereka tidak akan turut berperang melainkan sebentar sahaja. (20); Demi sesungguhnya, adalah bagi kalian pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) Hari Akhirat, serta dia pula menyebut-nyebut dan mengingati Allah sebanyak-banyaknya (pada masa susah dan senang). (21); Dan pada masa orang-orang yang beriman melihat tentera bersekutu, berkatalah mereka: ‘Inilah yang telah dijanjikan Allah dan Rasul-Nya kepada kami dan benarlah (apa yang telah dijanjikan) Allah dan Rasul-Nya.’ Dan (angkatan tentera musuh yang mereka lihat) itu tidak memberikan sebarang kesan kepada mereka selain daripada menambahkan iman dan penyerahan diri mereka kepada Allah. (22); Antara orang-orang yang beriman itu, ada yang bersikap benar menunaikan apa yang telah dijanjikannya kepada Allah (untuk berjuang membela Islam); maka antara mereka ada yang telah selesai menjalankan janjinya itu (lalu gugur syahid), dan antaranya ada yang menunggu giliran; dan mereka pula tidak mengubah (apa yang mereka janjikan itu) walau sedikit pun. (23); (Berlakunya yang demikian) supaya Allah membalas orang-orang yang benar disebabkan kebenaran mereka, dan menyeksa orang-orang yang munafiq jika dikehendaki-Nya, atau Dia menerima taubat mereka. Sesungguhnya Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Penyayang. (24); Dan Allah telah menghalau orang-orang yang kafir itu (ke tempat masing-masing) dalam keadaan mereka penuh kejengkelan (kerana gagal dan hampa), mereka tidak mendapat sebarang keuntungan. Dan Allah menyelamatkan orang-orang yang beriman daripada bencana menghadapi peperangan itu. Dan (ingatlah) adalah Allah Maha Kuat, lagi Maha Perkasa. (25); Dan Dia menurunkan golongan Ahli Kitab (kaum Yahudi) yang membantu tentera musuh itu daripada benteng-benteng mereka (menyerah diri), setelah Dia memasukkan ke dalam hati mereka dengan perasaan gerun. (Lalu mereka diadili dan dijatuhkan (hukuman); sebahagian antaranya kalian bunuh, dan sebahagian lagi kalian tawan. (26); Dan Dia menjadikan kalian mewarisi tanah-tanah dan rumah-rumah serta harta benda mereka, dan juga tanah-tanah (di negeri-negeri lain) yang belum kalian jejakinya. Dan (ingatlah) adalah Allah Maha Kuasa terhadap segala sesuatu. (27)” (Surah al-Ahzab: 19-27)

Ayat di atas menegaskan bahawa adanya golongan munafiq yang berlumba-lumba melakukan normalisasi dengan pasukan Ahzab apabila tidak percaya kepada janji Allah SWT. Perkara tersebut sekali gus menjadikan mereka bacul dalam menentang musuh, pada masa yang sama bakhil dalam memberikan sumbangan kepada mereka yang beristiqamah dengan Islam. 

Hal ini menunjukkan tetap akan sentiasa wujud mereka yang beristiqamah menentang musuh, walaupun berpanjangan dan bertali arus dizalimi. Bahkan, ada dalam kalangan mereka yang gugur syahid dan ramai lagi yang sedang menunggu giliran bagi meneruskan perjuangan menentang pasukan Ahzab dengan kepercayaan kepada janji Allah SWT, sama ada memperoleh kemenangan di akhirat dan janji kemenangan di dunia. 

Allah SWT menegaskan syarat keimanan bagi mencapai kemenangan, bukannya syarat kebangsaan Arab dan sebagainya. Ternyata Allah SWT membahagikan umat Islam di seluruh dunia hari ini dengan pecahan daripada kalangan munafiq yang mengadakan normalisasi terhadap Israel dan kalangan mereka beriman yang menentang usaha tersebut.

Walaupun negara haram itu semakin mengganas dan menyediakan segala benteng pertahanan serta tembok yang banyak, semata-mata bagi melindungi pendatang Yahudi yang berduyun-duyun datang khususnya selepas tercetusnya Perang Rusia-Ukraine yang menghalau mereka supaya pulang ke negara idaman Israel Agung. Namun begitu, negara Israel berada dalam keadaan yang sangat lemah kerana perpecahan yang parah, sehingga menyebabkan kerajaan yang ada hari ini bertahan dengan majoriti yang terlalu kecil. 

Allah SWT memberikan suatu peringatan kepada umat Islam supaya bersatu dan mengambil iktibar, malah jangan berpecah belah sepertimana kaum Yahudi yang dibinasakan di dunia dan di akhirat. Firman Allah SWT:

﴿وَلَا تَكُونُواْ كَٱلَّذِينَ تَفَرَّقُواْ وَٱخۡتَلَفُواْ مِنۢ بَعۡدِ مَا جَآءَهُمُ ٱلۡبَيِّنَٰتُۚ وَأُوْلَٰٓئِكَ لَهُمۡ عَذَابٌ عَظِيمٞ١٠٥﴾ 

“Dan janganlah kalian menyerupai orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang telah bercerai-berai dan berselisihan (dalam agama mereka) sesudah datang keterangan-keterangan yang jelas (yang dibawa oleh Nabi-nabi Allah) kepada mereka, dan mereka yang bersifat demikian, akan beroleh azab seksa yang berat.” (Surah Ali ‘Imran: 105)

Rasulullah SAW juga pernah memberikan peringatan bahawa bahaya perpecahan umat lebih bahaya daripada bahaya kemiskinan. Sabdanya:

‌أَبْشِرُوا ‌وأَمِّلُوا ‌مَا ‌يَسرُّكُمْ، ‌فواللَّه ‌مَا ‌الفقْرَ ‌أَخْشَى ‌عَلَيْكُمْ. ‌وَلكنّي ‌أَخْشى ‌أَنْ ‌تُبْسَطَ ‌الدُّنْيَا ‌عَلَيْكُم ‌كَمَا ‌بُسطَتْ ‌عَلَى ‌مَنْ ‌كَانَ ‌قَبْلَكُمْ، فَتَنَافَسُوهَا كَمَا تَنَافَسُوهَا. فَتَهْلِكَكُمْ كَمَا أَهْلَكَتْهُمْ.

“Bergembiralah dan berharaplah kalian agar beroleh sesuatu yang menyenangkan kalian (perkara yang dicita-citakan). Demi Allah! Aku tidak risau jika sekiranya kalian berada dalam kemiskinan. Namun, apa yang merisaukan diriku sekiranya kemewahan dunia (pangkat dan harta) dipamerkan kepada kalian sepertimana pernah dipamerkan kepada umat terdahulu (khususnya kaum Yahudi). Lalu, kalian akan berlumba-lumba mendapatkannya (berkelahi sehingga berpecah) sepertimana mereka, dan akhirnya harta itu membinasakan kalian sepertimana ia telah membinasakan mereka.” (Riwayat al-Bukhari 3158 dan Muslim 2961)

Penjelasannya, jika fakir (terlalu miskin) yang bijak pasti berfikir untuk mencari penyelesaian, manakala yang jahil dan bodoh pula dibantu. Adapun kerakusan dunia (mengejar pangkat dan harta secara bernafsu), golongan yang bijak pun akan menjadi rakus dan tidak berfikir untuk menjadi bodoh walaupun berpendidikan tinggi. 

Adapun kalangan yang asalnya jahil dan bodoh pula, mereka akan berterusan ditipu, dipergunakan dan diperalatkan. Sangat malang sekali, apabila golongan tersebut berpegang kepada kebijaksanaan falsafah demokrasi Pak Pandir, yang menyeberangi sungai berpijak di atas kayu reput yang dilalui oleh semut halus yang sangat besar majoritinya.

Secara kesimpulannya, tamatnya ajal Yahudi kerana mereka meninggalkan kitab suci Taurat dan dihilangkan hidayah Allah SWT. Lalu, mereka berpecah belah walaupun merupakan kaum yang paling kaya, bijak dan mempunyai ramai ilmuwan. Kemenangan Islam akan berlaku apabila umat Islam kembali kepada petunjuk Allah SWT daripada al-Quran dan menegakkan perpaduan umat.

Allah SWT memerintahkan umat Islam supaya tidak menjadikan kaum Yahudi itu sebagai teladan, dan memohon perlindungan-Nya dalam setiap rakaat solat melalui firman-Nya:

﴿يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوٓاْ أَطِيعُواْ ٱللَّهَ وَرَسُولَهُۥ وَلَا تَوَلَّوۡاْ عَنۡهُ وَأَنتُمۡ تَسۡمَعُونَ٢٠ وَلَا تَكُونُواْ كَٱلَّذِينَ قَالُواْ سَمِعۡنَا وَهُمۡ لَا يَسۡمَعُونَ٢١ ۞إِنَّ شَرَّ ٱلدَّوَآبِّ عِندَ ٱللَّهِ ٱلصُّمُّ ٱلۡبُكۡمُ ٱلَّذِينَ لَا يَعۡقِلُونَ٢٢﴾ 

“Wahai orang-orang yang beriman! Taatilah kalian kepada Allah dan Rasul-Nya dan janganlah kalian berpaling daripada-Nya, sedang kalian mendengar (perintah-perintah-Nya). (20); Dan janganlah kalian menjadi seperti orang-orang (kafir dan munafiq) yang berkata: ‘Kami dengar’, padahal mereka tidak mendengar (tidak mahu menerima dan mematuhinya). (21); Sesungguhnya sejahat-jahat makhluk yang melata, pada sisi (hukum dan ketetapan) Allah, ialah orang-orang yang pekak lagi bisu, yang tidak mahu memahami sesuatu apa pun (dengan akal fikirannya). (22)” (Surah al-Anfal: 20-22)

Firman Allah SWT:

﴿غَيۡرِ ٱلۡمَغۡضُوبِ عَلَيۡهِمۡ...٧﴾ 

“(Wahai Tuhan) jangan jadikan kami daripada kalangan kaum yang Engkau telah murkai...” (Surah al-Fatihah: 7)

Dan firman Allah SWT kepada mereka yang beriman:

﴿يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوٓاْ إِذَا لَقِيتُمۡ فِئَةٗ فَٱثۡبُتُواْ وَٱذۡكُرُواْ ٱللَّهَ كَثِيرٗا لَّعَلَّكُمۡ تُفۡلِحُونَ٤٥ وَأَطِيعُواْ ٱللَّهَ وَرَسُولَهُۥ وَلَا تَنَٰزَعُواْ فَتَفۡشَلُواْ وَتَذۡهَبَ رِيحُكُمۡۖ وَٱصۡبِرُوٓاْۚ إِنَّ ٱللَّهَ مَعَ ٱلصَّٰبِرِينَ٤٦﴾ 

“Wahai orang-orang yang beriman! Apabila kalian menghadapi pasukan (musuh), maka hendaklah kalian tetap teguh dalam menghadapinya, dan sebutkanlah serta ingatilah Allah (dengan doa) sebanyak-banyaknya, supaya kalian berjaya (mencapai kemenangan). (45); Dan taatilah kalian kepada Allah dan Rasul-Nya, dan janganlah kalian saling berbantah-bantahan (berpecah belah); jika tidak nescaya kalian menjadi lemah semangat dan hilang kekuatan kalian, dan sabarlah (menghadapi segala kesukaran dengan cekal hati); sesungguhnya Allah berserta orang-orang yang sabar. (46)” (Surah al-Anfal: 45-46)

Perjanjian Sykes-Picot (1916) telah berlalu lebih satu abad yang lalu adalah amat buruk bagi umat Islam, setelah mereka dijajah kerana perpecahan umat. Sehinggakan, tanah air dan bangsa dibahagi-bahagikan dalam kalangan taklukan penjajah yang memperhambakan rakyat dan merompak serta mencuri sumber kekayaan tanah air kurniaan Allah SWT. 

Marilah semua bertaubat kepada Allah SWT dan kembali kepada petunjuk yang terkandung dalam al-Quran yang bermukjizat dan Sunnah Rasulullah SAW yang berhikmah.  

Allah SWT memberikan suatu peringatan sebagaimana firman-Nya:

﴿يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوٓاْ إِن تُطِيعُواْ فَرِيقٗا مِّنَ ٱلَّذِينَ أُوتُواْ ٱلۡكِتَٰبَ يَرُدُّوكُم بَعۡدَ إِيمَٰنِكُمۡ كَٰفِرِينَ١٠٠ وَكَيۡفَ تَكۡفُرُونَ وَأَنتُمۡ تُتۡلَىٰ عَلَيۡكُمۡ ءَايَٰتُ ٱللَّهِ وَفِيكُمۡ رَسُولُهُۥۗ وَمَن يَعۡتَصِم بِٱللَّهِ فَقَدۡ هُدِيَ إِلَىٰ صِرَٰطٖ مُّسۡتَقِيمٖ١٠١﴾ 

“Wahai orang-orang yang beriman! Jika kalian taat akan sebahagian daripada orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang diberikan Kitab itu, nescaya mereka akan mengembalikan kalian menjadi orang-orang kafir sesudah kalian beriman. (100); Dan bagaimanakah kalian akan menjadi kafir, padahal dibacakan ayat-ayat Allah (al-Quran) kepada kalian, dan dalam kalangan kalian ada Rasul-Nya (Muhammad SAW)? Dan sesiapa yang berpegang teguh kepada (agama) Allah, maka sesungguhnya dia telah beroleh petunjuk ke jalan yang lurus. (101)” (Surah Ali ‘Imran: 100-101)


ABDUL HADI AWANG

Presiden PAS

Bertarikh: 17 Syawwal 1443 / 18 Mei 2022

Ulasan