10 Mei 2022

"Orang Tebakang Anok Wanok Kite Belake"


MARANG - Kemeriahan sambutan Hari Raya Kampung Tebakang, "Orang Tebakang Anok Wanok Kite Belake", di Alor Limbat telah berjaya menarik ribuan penduduk dan komuniti setempat.

Ketua PAS Cawangan, Mohd Zaki Deraman, 53, berkata Program Himpunan Raya Keluarga Tebakang ini adalah anjuran bersama pihak Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) bersama Masjid Kampung Tebakang.

“Terkenal dengan slogan ‘Orang Tebakang Anok Wanok Kite Belake’ yang mewujudkan semangat kekampungan dalam diri orang kampung dengan menerima kehadiran anggaran 5000 ribu orang atau 70 peratus kehadiran orang kampung. 



"Kita pun ada lagu kampung sendiri yang dinyanyikan oleh anak jati Tebakang Imam Muda Fakhrul dan liriknya dicipta oleh Pengarah Program Cikgu Hussien yang merupakan ahli Jawatankuasa PAS Kawasan Marang yang mengetengahkan irama dan loghat Terengganu." jelas beliau yang juga Pengerusi JPKK.

Justeru, kata beliau, program yang menghimpunkan anak Tebakang di musim perayaan itu turut terdapat aktiviti cabutan bertuah, penyampaian anugerah kepada penduduk. 

“Termasuk dijemput Tan Sri Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang Presiden PAS dan Ustaz Badlishah Alauddin Penceramah TV dan radio. 

“Sebanyak tujuh kawah gulai dan pelbagai menu raya turut disediakan bagi meraikan kehadiran orang kampung yang hadir.” Tambahnya.




Tiada ulasan:

Hizbullah Dan Sekutunya Kalah

Hizbullah yang disokong Iran dan sekutunya telah kehilangan majoriti mereka di parlimen Lubnan selepas keputusan pilihan raya umum negara it...