PAS Tubuh Jawatankuasa Khas Tangani Masalah Air


SETIU - Satu Jawatankuasa Khas bagi membantu penduduk yang terkesan dengan masalah dengan mengagihkan  air bersih setiap hari.

Yang Dipertua PAS Kawasan Setiu, Shaharizukirnain Abd Kadir berkata, iniasitif melibatkan Khidmat Malaysia Setiu, Jabatan Amal, Ameerah, Pemuda dan Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK).

"Kita bekalkan sebanyak 16 buah tangki statik di lokasi terjejas dalam  usaha membantu Syarikat Air Terengganu (SATU)  menyalurkan air kepada penduduk. 

"Jawatankuasa ini akan terus berfungsi sekiranya masih berlaku gangguan air  dan kita telah edarkan air mineral kepada 267 buah rumah untuk keperluan makan dan minum," jelasnya semalam.


Menurutnya, masalah bekalan air yang berlaku kerana berlaku kebocoran paip di dasar laut yang menghubungkan saluran air ke Pulau Redang menyebabkan berlakunya gangguan air berjadual di daerah tersebut.

Ahli Parlimen Setiu itu berkata, peralatan yang diguna sudah terlalu lama antara punca masalah.

"pam air di Rumah Pam di Kampung Pak Kancil, sudah berusia dan mengepam 24 Jam sehari tanpa henti. Paip yang kita gunakan hari ini telah berusia hampir 40 tahun dan selalu mengalami kebocoran.” kata beliau.

Antara kampung yang terkesan, tambah beliau, adalah kampung Alor Serdang, Bintang, Bukit Grebar dan sekitarnya.

Ulasan