Sambutan Aidilfitri Lebih Manis


KUALA TERENGGANU - Sambutan Aidilfitri pada tahun ini lebih manis kerana ia bersamaan dengan ulang tahun keempat pemerintah PAS Terengganu. 

Setiausaha Badan Perhubungan PAS Negeri Terengganu (BPPNT) YB Ustaz Wan Sukairi Abdullah berkata, pelbagai kejayaan yang telah dicapai sejak 9 Mei, 2018. 

"kita d Terengganu juga merayakan genapnya empat tahun pemerintahan pentadbiran kerajaan negeri dibawah PAS,

"selama itu banyak kelemahan dan cabaran yang kita kena baiki dari masa ke semasa dan kerajaan akan meneruskan usaha pentadbiran yang lebih baik dan berintegriti," jelasnya.

Bercakap demikian dihadapan lebih 5000 orang yang hadir pada Majlis Sambutan Hari Raya Perantau di Lembah Kelang, semalam 

Ustaz Wan yang yang juga Exco Kerajaan Negeri memberi jaminan, pemimpin akan memposisikan, "orang yang betul di tempat yang betul dan membuat keputusan yang betul bertindak dengan keputusan yang betul pada masa yang betul,". 


Tegasnya, dengan pendekatan itu, kerajaan PAS Terengganu telah berjaya merealisasikan sehingga kini 18 daripada 20 manifesto yang dijanjikan pada PRU-14. 

Manakala kejayaan bukan manifesto, kata beliau, kerajaan berjaya meraih keuntungan menguruskan Permai Hotel setelah 12 tahun rugi dan mencatat lebih 1000 peratus pulangan keatas PB Hotel. 

"dari segi kebajikan pula pelbagai inisiatif yang telah, sedang dan akan dilaksanakan untuk kesejahteraan rakyat, 

"respons rakyat sangat baik dan kerajaan negeri akan terus mempertingkatkan mutu perkhidmatan dan penyampaian kepada rakyat," katanya. 

Hadir dalam Majlis tersebut ialah Naib Presiden PAS yang juga Menteri Besar Terengganu Dato Seri Ahmad Samsuri Mokhtar, Pesuruhjaya PAS Negeri Terengganu Dato Ustaz Husain Awang dan Setiausaha Kerajaan Negeri Yang Berhormat Mulia (YBM) Tengku Seri Bijaya Raja. 


Ulasan