Rasulullah saw bersabda: تهادُوْا تحابُّوا
Maksudnya: “Hendaknya kalian saling memberi hadiah, nescaya kalian akan saling mencintai”.
Hadiah adalah penghubung kasih sayang.
Hadiah adalah suatu yang menjadi ingatan dan kenangan. Ia juga membantu meringankan bebanan jika dihadiahkan kepada yang memerlukan.
Menjadi adab dalam memberi hadiah untuk memberi sesuatu yang menyenangkan hati, bermanfaat dan mengeratkan silaturrahim antara pemberi dan penerima.
Sekarang ini tular di media sosial memberikan hadiah yang memalukan. Ia ditambah pula dengan sikap tidak prihatin menyiarkannya di media sosial. Selain memalukan dengan menyebarkannya untuk tatapan umum, sikap ini bukanlah sebahagian daripada akhlak lslam dan adab resam masyarakat timur.
Sukalah saya menasihatkan agar anak muda kita tidak melakukan sikap ambil mudah dan jika bergurau sekalipun ia perlu mengambil kira akhlak seorang muslim, maruah dan tatasusila masyarakat timur. Jika sikap seperti ini berterusan dilakukan, akan hilanglah hikmah dalam memberi dan menerima hadiah, ia akan jauh daripada memupuk kasih sayang malah boleh menimbulkan kebencian dan permusuhan.
Sama-samalah kita memberikan peringatan dan nasihat kepada generasi muda agar tidak memalukan orang lain dan sentiasa menjaga maruah diri. Ingatlah bahawa malu itu separuh daripada iman.
#IslamMemimpinWanitaSejahtera
#IslamMenyatukanUmmah
YB Dato' Siti Ashah Binti Ghazali
Pengerusi Lajnah Pembangunan Keluarga
Dewan Muslimat PAS Malaysia.
Ulasan