Doakan Bob, Bila-bila Masa Sahaja....


KUALA TERENGGANU -  Semua rakan dan taulan yang mengenali 'anak seni' Bob Lokman agar berdoa kepada Allah, memohon kesihatan dan kesejahteraan bekas selebriti itu.

Pengerusi Lajnah Sukan, Kesenian dan Kebudayaan (LESTARI) PAS Pusat Dr Ustaz Riduan Mohamad Nor berkata, keadaan bekas aktivis LESTARI itu "dalam keadaan yang sangat uzur". 

"beliau sebenarnya, 'bila-bila masa sahaja' . Sejujurnya beliau ingin menghabiskan sisa-sisa usianya di rumah sahaja, 

"Kerana jantung beliau hanya berfungsi sepuluh peratus (10%) sahaja, beliau memohon semua pihak mendoakan," jelasnya ketika dihubungi hari ini. 

Ustaz Riduan berkata demikian selepas menziarah Bob di Kubang Kerian dalam rangka program LESTARI menyantuni anak seni. 

"Bob hanya bergantung dengan mesin oksigen di rumahnya," tambah beliau. 

Menurutnya cicit Tok Kenali itu adalah insan yang sentiasa membuka tangan membantu orang lain saat beliau sihat. 

Katanya tiga orang anak Mohd Hakim 'Bob' Lokman sedang menekuni ilmu agama khususnya al-Quran di Tahfiz an-Nur Setiu.


Ulasan