101 Pohon Sertai PAS


Oleh : Luqman Roomali

MARANG - Seramai 101 orang memohon menjadi ahli ahli PAS dan borang mereka telah diserahkan sempena Mesyuarat Agung Tahunan PAS Cawangan Tebakang.

Setiausaha PAS Kawasan Marang, Ustaz Sulaiman Sulongberkata sehingga Jun 2022, keanggotaan parti itu di mencecah 1,003,201 orang, di seluruh Malaysia. 

 "Lebih sejuta ahli mendokong jemaah Islam ini, lebih sejuta ahli mahukan Islam memimpin, dan diletakkan di tempat tertinggi," jelasnya ketika merasmikan mesyuarat tersebut, pada Rabu 6 Julai. 

Ustaz Sulaiman yang juga Pengarah Majlis Tindakan Dewan Undangan Negeri (MTD) Pengkalan Berangan telah menerima penyerahan borang daripada Ketua PAS Cawangan, Cikgu Mohd Zaki Deraman. 

Oleh itu, beliau menyeru semua anggota dan penyokong  terus istiqamah dan bergerak bersama PAS dalam apa jua keadaan. 

"Berangkatlah kalian (untuk berperang pada jalan Allah), baik dalam keadaan merasa ringan dan mudah bergerak, ataupun merasa berat, 

"dan berjihadlah dengan harta dan diri kalian di jalan Allah (untuk membela Islam). Yang demikian itu adalah lebih baik bagi kalian jika kalian mengetahui." katanya, memetik maksud Surah at-Taubah ayat 41. 

Justeru menurut beliau, pilihan raya umum akan datang adalah masa terbaik untuk teguh mempertahankan kerajaan PAS negeri Terengganu. 

" Ayuh, seluruh rakyat Malaysia, ayuh seluruh masyarakat Marang, bersama-sama PAS, bersama-sama kita sejahtera bersama Islam, " ujarnya ketika dihubungi semalam.

Ulasan