20 4WD Sertai Misi Bantuan Ke Baling


KUALA TERENGGANU - PAS Terengganu menghantar 20 buah kenderaan pacuan empat roda dengan lebih 50 sukarelawan, dalam Konvoi Misi Bantuan Kepala Air Baling, Kedah. 

Setiausaha Perhubungan PAS Terengganu YB Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah berkata, rombongan itu diketuai oleh Pengarah Khidmat Malaysia Terengganu, YB Hj Hanafiah Mat.

"Pelancaran konvoi misi bantuan telah dilancarkan oleh Naib Presiden PAS YAB Dato' Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar yang juga Menteri Besar Terengganu," ujar beliau semalam.

Kata beliau, kesemua kenderaan tersebut sarat dengan barangan keperluan yang disumbankan bagi menjayakan misi kali in.


"Antara barangan bentuk bantuan yang dibawa ialah barangan keperluan harian dan juga wang tunai." 

"InsyaAllah, doakan perjalanan kami semua selamat sampai ke destinasi." tambah beliau.

Menurut beliau yang juga Exco kerajaan Terengganu, Badan Perhubungan PAS Negeri dan kerajaan melalui Menteri Besar telah menyumbang masing-masing RM50,000.


Ulasan