Bantu PASTI As-Salam Bina Bangunan Baharu


MARANG - Orang ramai diharap membantu Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) As-Salam, Padang Midin, membina bangunan baharu. 

Bendaharinya, Rozali Che Long (Gambar bawah) berkata, premis pra-sekolah yang dibina pada tahun 1980 sudah uzur, banyak kerosakan kerana dimakan anai-anai. 

"Sebelum daripada aras bawah naik keatas, tapi sekarang serangan anai-anai bermula dari atas turun ke bawah," ujarnya ketika dihubungi. 

Menurut beliau, majlis pecah tanah tapak bangunan baharu PASTI berkenaan telah dilancarkan pada 25 Jun lalu. 

Katanya, bilangan pelajar pusat asuhan itu bertambah setiap tahun dan pihak pengurusan terpaksa mengurangkan kemasukan pelajar baru kerana tempat yang terhad. 

"Sebelum ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), Pasti As Salam pernah menerima bilangan pelajar seramai 170 orang. 

"Apabila ada penjarakan kita terpaksa menghadkan pengambilan pelajar dalam kadar seramai 125 orang sahaja," jelasnya. 


Sekarang ini, tambah beliau, jumlah keseluruhan murid seramai 155 orang terdiri dari anak-anak tahun empat, lima dan enam. 

"ia juga merupakan pusat aktiviti bagi guru-guru PASTI di Dewan Undangan Negeri (DUN) Alor Limbat, kadang-kadang tu  di peringkat kawasan dan negeri pun ada buat program," katanya.

Justeru, beliau menyeru kepada para dermawan untuk menyumbang sebagai pelaburan saham akhirat. 

Katanya sumbangan boleh dibuat kepada akaun AGRO Bank bernombor 2006561000112366, atas nama Pembangunan Bangunan Baru PASTI As-Salam Padang Midin. 

Ujarnya, anggaran kos diperlukan adalah sebanyak RM 450, 000 dan derma juga boleh dilakukan dengan membeli kupon, satu lot berharga RM 50.00. 

"Sumbangan dalam bentuk barangan seperti batu bata, pasir, simen atau tajaan kos pembelian barangan juga diterima," ujarnya lagi. 

"Sebarang pertanyaan boleh menghubungi, Cikgu Nora di talian 013 9022 838 atau saya di talian 013 9835982," katanya lagi. 

Ulasan