Beramai-ramai Hadir Ke Majlis Pelancaran PN

 


KUALA TERENGGANU - Seluruh rakyat di negeri ini diseru beramai-ramai menghadiri Majlis Pelancaran Parti Perikatan Nasional (PN) Peringkat Negeri Terengganu.

Pesuruhjaya PAS Negeri, Dato Ustaz Husain Awang berkata program tersebut akan berlangsung pada 30 Julai, 2022, di perkarangan Masjid Rusila, Marang. 

"Majlis itu akan dirasmikan oleh Pengerusi PN, YB Tan Sri Muhyiddin Yassin dan akan dihadiri oleh semua Presiden parti-parti komponen, 

"terdiri daripada Presiden PAS Tan Sri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan Presiden Parti Gerakan Datuk Dominic Lau," ujarnya dalam satu kenyataan video semalam. 

Oleh itu beliau menyeru dan mengajak semua pihak bersatu dan berpadu menyokong PN dalam pilihan raya umum ke-15 akan datang. 

" PN akan membawa negeri dan negara ke arah yang lebih cemerlang, InsyaAllah," jelas beliau. 


Ulasan