Bukti Tak Leh Pakai


Sekitar tahun 2001 dulu, ada juga wakil pembangkang buat hal yang lebih kurang gini.

Dia kata ada berlaku penyelewengan dalam Kerajaan PAS Terengganu masa tu.

Ayah Wan Mutalib sebagai Exco bangun mintak kemukakan bukti.

Wakil pembangkang tu kata dia ada bawak bukti.

Speaker arahkan bentara ambil bukti dari wakil pembangkang. 

Speaker tengok, lepas tu beliau arahkan bentara beri kepada Ayah Wan Mutalib untuk diperiksa.

Bila diserahkan, bukti itu ialah sekeping kertas yang tidak rasmi.

Ayah Wan angkat kertas tu sambil berkata lebih kurang bunyinya....Ni kertas potostat. Bukti mende gini?

Orang yang kenal Ayah Wan, tahulah keadaan bila dia angkat suara. Bergegarlah.

Wakil pembangkang duduk senyap ttupah, dok kettèk (eh tubik jugok bahasa Tranung, habis jaga doh ejaang. 

Yalah, takkan dia nak lawan bekas majistret bab-bab pembuktian ni.

Cuma nak maklumkan untuk tidak salah tuduh orang, Wakil Kijal dulu, Haji Mohamad Sulong, dari PAS. 

Jadi wakil pembangkang kawasan lainlah tu. Ada empat orang jer masa tu. Cari sendirilah

Beza keadaan dulu dan sekarang ialah teknologi. Dulu pakai kertas potostat. Sekarang ni pakai WhatsApp. Yang lain sama jer, dua-dua bukti tak boleh pakai.

Tapi buat penyokong dia, mesti gembira sebab keberanian beliau mengemukakan bukti. 

Kejap, eh, tu kan bukti tak boleh pakai.

Ala, OK lah tu, daripada tak ada bukti langsung.


Mohd Nasir Abdullah

26 Julai 2022

https://www.facebook.com/100076267681998/posts/pfbid02Kyw3LjzQituGVSYeDoKMu9quw76ed9vceX6f3o8izAiawGMUuDUiNrwsKpVwwCoRl/


Ulasan