Jentera Pilihan Raya PAS Terengganu Diarah Siap Sedia


KUALA TERENGGANU - Jentera Pilihan raya Terengganu di semua peringkat di arah bersiap sedia dari sekarang kerana pilihan raya Umum (PRU15) dijangka akan berlaku tidak lama lagi.

Timbalan Pesuruhjaya PAS III PAS Terengganu, Dr Alias Razak berkata, PRU15 sama ada dibuat selepas pembentangan Belanjawan Kerajaan Pusat Oktober ini atau selewat-lewatnya bulan Mei tahun depan.

Katanya, tumpuan perlu dibuat untuk menarik 80 peratus pengundi muda kepada mengundi PAS dalam pilihan raya tersebut di samping mengekalkan pengundi tegar PAS bagi memastikan parti terus memerintah Terengganu.

“80 peratus adalah KPI yang ditetapkan bagi melipatgandakan usaha menarik pengundi muda berumur 18 tahun di samping mengekalkan pengundi tegar PAS,” jelasnya.


Beliau berkata demikian dalam Majlis Dialog antara Dewan Harian Badan Perhubungan PAS Terengganu dengan wakil seluruh cawangan PAS Kawasan Kuala Terengganu pada Khamis, 7 Julai.

Turut hadir Naib Presiden PAS Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar, Pesuruhjaya PAS Negeri Dato’ Husein Awang, Setiausaha Badan Perhubungan PAS Negeri, Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah, Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri, Ustaz Mohd Harun Esa.

Dr Alias yang juga Pengerusi Teguh berkata, mengundi muda berumur 18 tahun kurang mempunyai kecenderungan politik dan usaha menarik sokongan kepada PAS perlu dilipatgandakan lagi.

Buletin Online dalam satu tinjauan mendapati kakitangan kerajaan di negeri Terengganu sudah dipanggil Suruhanjaya Pilihan raya (SPR) untuk mengikuti kursus pengurusan pilihan raya baru-baru ini.

Ulasan