Kerajaan Akan Buat Laporan Polis


Oleh : RR

KUALA TERENGGANU – Kerajaan PAS Terengganu akan  membuat laporan polis kepada pihak tidak bertanggungjawab yang membuat berita tidak benar berkenaan penjualan ladang kelapa sawit seluas 9,225 ekar di Al Muktaffi Billah Shah (AMBS), Hulu Paka, Dungun.

Naib Presiden PAS, Dato’ Seri  Dr Ahmad  Samsuri Mokhtar berkata, ia adalah tidak benar dan fitnah semata-mata untuk menjatuhkan kerajaan Terengganu.

“Sebagaimana yang saya jelaskan dalam jawapan tadi  bahawa kerajaan negeri tidak berhasrat untuk menjual.

"Oleh kerana tiada hasrat untuk melantik  pihak kedua, ketiga atau keempat atau mana-mana individu  menjual bagi pihak kerajaan,” jelas beliau yang juga Menter Besar negeri Terengganu. 

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan ADUN Kijal, Dato' Seri Ahmad Said dalam Sidang Dewan Undangan Negeri Terengganu, di Wisma Darul Iman semalam.

Menurutnya, tanah tersebut adalah merupakan tanah Kerajaan Negeri yang diberi milik kepada Lembaga Tabung Amanah Warisan Negeri Terengganu (LTAWNT).

“Tanah ini telah diberi pajakan kepada Ladang Rakyat Trengganu Sdn Bhd (LRTSB) bagi tempoh 30 tahun yang akan berakhir pada 31 Mei 2045 melalui satu perjanjian pajakan pada 05 Oktober 2021

Justeru itu, kata beliau, pihak kerajaan akan mengambil tindakan yang selanjutnya.

“Jadi tidak timbul dan kita akan mengambil tindakan  untuk membuat laporan polis  dia atas apa yang disebut oleh YB YB KIjal,YB Kijal boleh forward kepada kami untuk kami ambil tindakan segera  buat laporan kepada pihak berkuasa,” tegasnya.

Ulasan