Misi Dakwah Menjalinkan Ukhuwah


Oleh : Azizah Mahmood

KUALA TERENGGANU - Misi dakwah Kelab  Aktivis Media Inspirasi(KAMI) yang bertujuan menjalinkan ukhuwah adalah program tahunan tetapi tertangguh hampir dua tahun setelah Perintah Kawalan Pergerakan(PKP) akibat Covid-19.

Timbalan Pengerusi KAMI, Ahmad Faizol Ahmad Jusoh memberitahu, untuk misi kali ini  teamnya  menjejakkan kaki di Kampung Pagar-Pagar, Keningau Sabah untuk menjayakan program korban di sana. 

"Kampung Pagar-Pagar adalah sebuah perkampungan mualaf yg mempunyai penduduk seramai lebih kurang 40 keluarga," katanya ketika ditemui di Lapangan Terbang Sultan Mahmud pada Jumaat 15 Julai.

Menurutnya, kampung  itu turut  dihuni keluarga kristian dan juga Islam malah ada di antara mereka dalam satu keluarga terdapat dua agama.

"Bersama kami terdapat dua pendakwah bebas  dari Pusat dakwah serantau (PDS) yang banyak membantu golongan mualaf untuk lebih mendalami agama Islam. 


"Kami sempat mengagihkan quran tafsir hasil sumbangan orang ramai  utk golongan mualaf lebih memahami isi kandungan Al Quran. 

"Team KAMI turut juga disertai bersama Timbalan Pesuruhjaya II, Parti Islam Se-Malaysia(PAS) Sabah, Ustaz Abdul Hisham Osman" ujarnya lagi . 

Katanya, seawal jam 9. 00 pagi 13 Zulhijjah, team KAMI di tunggu kanak kanak dan beberapa orang kaum lelaki yang sudah berada di tepi kerbau jantan dan seekor kambing.

"Kami menyembelih serta membahagi bahagikan daging korban manakala daging kambing dimasak bersama sama untuk dijamu pada penduduk sekitar dan Ustaz Abdul Hisham juga sempat menyantuni keluarga yang uzur dan sakit," jelasnya 

"Program seumpama ini akan di laksanakan lagi di tahun tahun akan datang dalam melebar luas syiar islam di bumi di bawah bayu" katanya yang juga  Pengarah Program. 

Ulasan