PAS Ditubuhkan Untuk Penuhi Hasrat Rakyat


DUNGUN - Parti Islam SeMalaysia(PAS) ditubuhkan untuk memenuhi hasrat rakyat yang perlu ada satu kumpulan yang menyeru amal makruf nahi mungkar. 

Yang Dipertua PAS Dungun, Ustaz Wan Hassan Mohd Ramli berkata  parti itu bersifat  'inklusif' iaitu menerima penyertaan semua lapisan dan golongan. 

"Kita terima semua, kaya miskin, ada pendapatan, tiada pendapatan, berharta atau tidak, apa kelulusan dan apapun kedudukan berada dalam PAS. 

Sebab apa PAS ditubuhkan kerana memenuhi kehendak rakyat. maka dia adalah asli," jelasnya 

Ustaz Wan Hassan berkata demikian ketika berucap merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Dewan Muslimat PAS Kawasan Dungun(DMPKD) Kali Ke-40 yang berlangsung di Dewan Sivik, Kampung Jerangau Sungai doi sini pada 2 Julai lalu.


Turut hadir di majlis berkenaan ialah Ketua Penerangan PAS Dungun, Naraza Muda, Pengarah Majlis Tindakan Dewan Undangan Negeri(MTD) Bukit Besi dan Ahli Jawatankuasa DMP Negeri Terengganu, Asyanti Abu Bakar.

"PAS yang ditubuhkan pada tahun 1951, ada  jatuh bangunnya, ada turun naiknya, ada kalah menangnya tetapi semua itu tidak sekali - kali memadamkan cahaya perjuangan yang dibawa yang dibawa oleh PAS, kerana pertimbangan kita adalah benar dan salah, bukan menang dan kalah, " tegasnya.

Sementara itu Naraza menyeru agar Muslimat mesti mengambil pendekatan yang lebih berani untuk mengadakan program di luar kepompong PAS. 

"Mestilah fokus kepada pengundi-pengundi milenial yang sudah pasti hampir seratus peratus celik 'IT', satu cabaran kepada muslimat supaya petugas - petugas mahir IT ," katanya.

Ulasan