Pemuda Istiqamah Korban Enam Ekor Lembu


Oleh : Faizal Al-Medaniey

MARANG - Pemuda PAS Cawangan Rusila, istiqamah menyambut Aidil Adha, melaksanakan ibadah korban enam ekor lembu melalui skim ansuran bulanan.

Ketuanya, Ziyad Zakaria berkata program tahun ini khusus untuk 'orang-orang muda' setelah negara dilandabwanak Covid-19, sejak dua tahun lalu.

“Kita Pemuda Rusila menganjurkan aktiviti korban dan kita berjaya mengumpulkan sebanyak sebanyak 42 bahagian bersamaan enam ekor lembu”, Kata beliau.


Tambah Ziyad, konsep yang diperkenalkan kali ini adalah skim simpanan membayar cara ansuran bermula  Januari tahun ini  dengan kadar RM100 sebulan.

“Bagi orang muda yang nak bayar sekaligus adalah satu bebanan dan sebab itu kita perkenalkan konsep sebegini cukup tujuh bulan, mereka layak mendapat satu bahagian," jelas beliau.

Beliau yang juga Ahli Majlis Daerah Marang berkata, program tersebut  akan diteruskan pada tahun-tahun akan datang.

“InsyaAllah, program yang julung-julung kali diadakan ini akan diteruskan pada masa hadapan kerana sambutannya yang luar biasa terutamanya mereka yang kali pertama menyertai korban." ujarnya.

Menurut beliau, semua binatang korban disembelih pada hari raya pertama, berlangsung di Kampung Gong Rusila semalam, 10 Julai.

Ulasan