Pengerusi As-Sabiqun Terkilan

 


Oleh : Azizah Mahmood 

KUALA NERUS - Pengerusi As-Sabiqun Parti Islam SeMalaysiab(PAS) Terengganu, Haji Mohd Abdul Wahid Endut berasa terkilan diatas pemergian wartawan Harakah, Allahyarham Khairul Azlam Mohamad (KAM). 

Beliau berkata, KAM telah menghubunginya, sehari sebelum menibggal dunia, untuk ditemubual. 

Katanya, kematian mengejut itu amat dicemburui kerana sebelum menghembus nafas terakhir masih sempat menghantar berita untuk Harakah.

"Saya dihubungi oleh Saudara Khairul pada jam 8.57 pagi 17 Julai untuk di temuramah, beliau mengirim mesej dan 'call' pada pagi tu....tapi kerana saya kurang sihat, temuramah ditunda, 

"Keesokkannya diawal pagi saya mendapat pesanan ringkas yang mengejutkan kerana beliau telah tiada," ujar mantan Pesuruhjaya PAS Negeri Terengganu itu. 

Beliau sangat sugul dan mengalir air mata ketika menziarahi keluarga Allahyarham di Taman Permint Perdana. Seberang Takir, di sini pada Khamis 20 Julai. 

Dalam kunjungan bersama isterinya, Wan Fatimah  Wan Abdullah, Haji Wahid telah menyampaikan sedikit sumbangan kepada isteri Allahyarham, Wan Sabariah Wan Musa. 

Mengimbas kembali sepanjang bersama dengan arwah katanya, Allahyarham selalu menghubunginya untuk mendengar liku-liku 'orang lama PAS' yang sempat bersamanya dalam memperjuangkan parti itu di Terengganu. 

"Termasuk Almarhum Ustaz Abu Bakar Chik dan pada saya arwah antara wartawan dan pemberita Harakah yang tak pernah undur walau saat harakah di beritakan akan di tutup. 

"Alhamdulillah atas usaha beliau juga harakah sentiasa terisi dengan berita yang menarik dan terkini. Susah untuk mencari  penganti pada saya seorang penulis yang istiqamah saperti beliau," cerita beliau. 

Ulasan