Pengkalan Berangan Johan SUKPA Marang


Oleh : Mohd Fauzi Mat Adam

MARANG - Kejohanan Sukan Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) Kawasan Marang 2022 (SUKPA2022) telah melabuhkan tirainya dan tuan rumah PASTI DUN Pengkalan Berangan dinobatkan sebagai juara keseluruhan. 

Timbalan Ketua Pemuda PAS Marang, Ustaz Mohd Irsyad Syafiq Burhanuddin berkata, dua acara sukan dipertandingkan dalam SUKPA22, Bola Sepak Lelaki dan Bola Jaring Perempuan.

Katanya, ia untuk mencungkil bakat pelajar-pelajar PASTI supaya dapat diketengahkan di peringkat yang lebih tinggi. 

"Kejohanan seperti ini secara tidak langsung dapat mendidik anak-anak PASTI agar cergas dan minat dengan aktiviti sukan," katanya. 


Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan kejohanan tersebut yang diadakan di Padang Bola Kg Bukit Parit, Pengkalan Berangan, di sini pada 2 Julai lalu.

Menurut Irsyad, PASTI Pengkalan Berangan menerusi pasukan bolasepaknya muncul juara setelah menewaskan pasukan  PASTI  Rhu Rendang di perlawanan akhir manakala pasukan bola jaringnya pula  menang tipis ke atas DUN Alur Limbat.

"setelah dua tahun tidak dapat mengadakan sukan PASTI, ianya dapat diadakan kembali dan setiap acara mendapat sokongan daripada ibu-bapa. 

“Saya difahamkan juga peserta terbaik hari ini akan dihantar pula menyertai sukan PASTI kawasan nanti, "ujarnya.



Ulasan