Tuduhan Berniat Jahat


BESUT - Pengarah Majlis Tindakan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut, Haji Azbi Salleh hari ini menegaskan, dakwaan pengguna Facebook bernama Johar Ismail adalah satu tuduhan yang berniat jahat kepada PAS dan kerajaan Negeri Terengganu. 

Menurutnya, sebanyak 263 buah rumah penduduk di Dun Kuala Besut terutama di kawasan Kuala Besut telah rosak akibat dipukul angin ribut pada malam Hari Raya Aidiladha tahun ini.

Beliau berkata, semua mangsa ribut telah dibantu melalui Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) kampung yang terlibat. 

“Pada malam raya sejurus mendapat berita tentang ribut yang berlaku, saya bersama pihak JPKK dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Besut terus turun melawat mangsa ribut serta mengambil maklumat yang sepatutnya untuk dibantu. 

“Alhamdulillah rumah mangsa-mangsa yang terlibat telah dibaiki dengan segera. " tegasnya yang juga Pegawai Penyelaras DUN terbabit. 


Justeru, kata beliau, tuduhan yang dibuat oleh pengguna Facebook bernama Johar Ismail adalah tidak berasas kerana mangsa sudah berada dalam pengetahuan kami dan dibantu secepat mungkin. 

“Tetapi ADUN Kuala Besut, YB Tengku Zaihan telah minta kepada saya, agar beliau sendiri mengambil perjalanan membaiki beberapa buah rumah menurutnya mangsa itu adalah ahli Umno. 

“Jadi saya telah bersetuju supaya YB Tengku Zaihan sendiri menguruskannya, ” jelas Haji Azbi. 

Namun begitu kata beliau, proses membaiki rumah mangsa-mangsa ribut mungkin mengambil masa oleh kerana kejadian berlaku pada malam raya dan tenaga tukang yang sangat terhad untuk dibaik pulih segera. 

Jadi katanya, tuduhan yang dibuat itu hanyalah berniat jahat semata-mata untuk memburukkan imej kerajaan negeri Terengganu yang dipimpin oleh PAS.

Ulasan