1, 435 Orang Ahli Baru PAS Kemaman


KUALA TERENGGANU - Parti Islam Semalaysia (PAS) mencatatkan jumlah keahlian baharu seramai 1, 435 orang sehingga bulan Disember 2021 di kawasan Kemaman.

Penolong Setiausaha Badan Perhubungan PAS Negeri Terengganu (BPPNT), YB Haji Hanafiah Mat berkata, dengan tambahan itu, parlimen Kemaman kini mempunyai seramai 15, 300 ahli.

"Dewan Undangan Negeri (DUN) Chukai mencatatkan jumlah ahli baru tertinggi berbanding tiga DUN lain, seramai 537 orang, 

"DUN Kemasik 403 orang, Kijal 271 orang, Chukai 4490 orang dan Air Putih, 234," ujarnya.

Beliau yang juga Timbalan Yang Dipertua PAS kawasan Kemaman berkata demikian dihubungi pada hari ini, mengulas program PAS Pilihanku 4.0. 

Dalam pada itu, beliau mempersoalkan angka jumlah ahli PAS, Bersatu yang didakwa Pengerusi Perhubungan Umno Terengganu Dato Seri Ahmad Said, pada majlis perasmian pelancaran jentera BN Terengganu, Sabtu lalu. 

"malas nak komen, tanda praya dah dekat.... padahal Umno penuh dengan pengkianatan, 

"Dalam gambar majlis tu cuma dua orang je orang PAS, dalam borang keahlian yang diserahkan mungkin ahli Umno belaka kut (yang masuk Umno)," kata beliau.

Menurutnya, taktik itu digunakan Umno apabila sampai tempoh hampir pilihan raya sebagai mana yang berlaku di Besut baru-baru ini. 

Ulasan