KUALA TERENGGANU - Buat julung kalinya program Hari Keluarga Guru Dar (Sekolah Rendah Islam - SIR) diadakan, menghimpunkan 1000 orang tenaga pengajar dan keluarga mereka.
Pengarah program, Ustaz Hamazah Abd. Latif berkata, ia iadakan sebagai menghargai pengorbanan yang telah dicurah dalam mengangkat pendidikan Islam di Terengganu.
Katanya, acara penuh santai itu berjaya menghimpunkan seluruh warga Dar, SIR dibawah kelolaan Dewan Ulama PAS Terengganu.
"Kejayaan program ini pastinya atas kerjasama dan kerja kuat seluruh jawatankuasa terlibat bermula Yang Dipertua Persatuan, iaitu YB Cikgu Alias Harun,
"Semua mudir dan serta semua yang terlibat, jalinan seluruh kekuatan yang kita miliki membuktikan kita mampu melakukan kerja besar dan terbaik." jelasnya.
Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan, selepas himpunan tersebut di Darul Iman Training Centre, Pantai Telok Kalong, di sini pada Sabtu, 27 Ogos.
Justeru itu, Cikgu Alias memuji sambutan dan keraian yang diberikan, menambahkan lagi keceriaan dan kemeriahan.
"Kita tahu sumbangan mereka, guru-guru Dar bukannya sedikit, tak dapat dinilai dengan wang ringgit,
"terima kasih kepada yang telah menyumbang dengan hadiah - hadiah cabutan bertuah yang lumayan jugaklah," katanya ketika dihubungi hari ini.
Ulasan