368 Pelajar PASTI Besut Sertai Simulasi Haji Si Cilik


KUALA TERENGGANU – Seramai 368 orang pelajar Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) kawasan Besut menyertai Simulasi Haji Si Cilik di Masjid Taman Ilmu Tembila.

Pengerusi PASTI Terengganu, Mohd Syamri Razak berkata, program tersebut merupakan kali pertama diadakan di peringkat kawasan Besut.

“Walaupun simulasi ini pertama kali dilaksanakan, ia memberi impak yang besar kepada pelajar tentang ibadah haji sebagai salah satu rukun Islam.

“Lebih istimewa, ada ibu bapa pelajar yang memaklumkan kepada saya secara ‘personal’ bahawa mereka terharu dengan usaha penganjuran ini,” katanya. 


Beliau berkata demikian ketika ketika dihubungi semalam, mengulas progran tersebut yang dianjurkan pada 27 Julai. 

Beliau yang juga Pengerusi PASTI Besut turut berharap penganjuran demikian mampu dilaksanakan secara tahunan berikutan mendapat sambutan yang amat menggalakkan. 

Program tersebut dirasmikan oleh Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Dr Ridhuan Mohamad Nor.

Penyertaan tersebut merupakan sebahagian daripada lebih 1,200 orang pelajar PASTI di seluruh Besut yang terdiri daripada pelajar berumur enam tahun.

Ulasan