Cacian Dan Kejian Tidak Melemahkan Pemuda



KUALA TERENGGANU - Cacian dan kejian adalah perkara biasa dalam perjuangan dan ia tidak sedikit pun melemahkan semangat para Pemuda untuk terus berkhidmat kepada rakyat. 

Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu, Ustaz Mohd Esa Harun berkata, Pemuda berikrar untuk terus 'teguh pertahan' memenangkan PAS pada Pilihan Raya Umum ke-15 akan datang.

"tahniah diucapkan kepada para pemuda yang menggerakkan gelombang sokongan daripada rakyat,

"menandakan kita berada diatas landasan yang cukup baik, komitmen daripada kerajaan negeri, daripada Badan Perhubungan PAS Negeri Terengganu,

"apabila diberikan kemenangan sedikit pun tidak melemahkan rakyat untuk bersama dengan kita," ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Himpunan Pemuda Islam Kuala Terengganu (PEMIKAT) di sini pada Jumaat, 8 Ogos. 

Oleh itu beliau menyeru agar seluruh anak muda mengekalkan semangat dan komitmen supaya kerja-kerja menghadapi pilihan raya dilaksanakan.

"terus tanamkan keyakinan kepada Allah dan terus berkhidmat dengan penuh keikhlasan dan mempertahankan kemenangan,

"dengan rekod kerajaan tanpa rasuah, kebajikan terus bahkan ada pemimpin yang mengorbankan harta peribadi untuk membantu rakyat,

"InsyaAllah dengan keikhlasan itu, Allah akan bersama kita dan terus memberi peluang kepada kita untuk menerajui negeri ini, " jelasnya. 

Ulasan