KUALA TERENGGANU - Setiausaha Badan Perhubungan PAS Negeri Terengganu, YB Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah 'gateh basikal' bersama rakyat untuk menyemarakkan lagi sambutan ulang tahun hari kemerdekaan yang bakal tiba beberapa hari sahaja lagi.
Katanya, program tersebut adalah untuk memupuk semangat cintakan negara.
"Alhamdulillah, pada hari ini saya bersama dengan peserta-peserta kayuhan merdeka telah pun memulakan kayuhan bermula pada hadapan Muzium Kampung Losong.
"Dan sekarang kita berhenti di titik semak (check-point) yang pertama di Sekolah Kebangsaan Rengas Bekah," jelasnya.
Beliau yang juga ADUN DUN Wakaf Mempelam berkata demikian ketika ditemui pihak media, semalam.
Menurutnya, program yang diadakan itu adalah merupakan acara tahunan DUN tersebut.l, setiap kali menjelang 31 Ogos.
Justeru itu, beliau menyeru agar generasi muda pada hari ini perlu hargai dan menghayati perjuangan pemimpin dahulu yang mana sanggup bertarung nyawa demi sebuah kemerdekaan.
"Disamping mengingatkan generasi muda akan pengorbanan yang dilakukan oleh ulama-ulama.
"dan pemimpin kita yang memperjuangkan untuk kemerdekaan negara kita khususnya di negeri Terengganu kita," ujar beliau.
Ulasan