Isu Tarik Sokongan Umpama 'Seekor Nyamuk Mengganggu Tidur'

 


KUALA TERENGGANU - Isu yang mengatakan Perikatan Nasional (PN) akan menarik sokongan terhadap Kerajaan Pusat hanyalah bagaikan seekor nyamuk yang cuba mengganggu orang tidur,

Naib Presiden PAS merangkap Pengerusi Perhubungan PN Terengganu, Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, kenyataan itu bersifat peribadi dan bukannya mewakili kepimpinan. 

Katanya, kerajaan dipimpin Perdana Menteri, Dato’ Seri Ismail Sabri Yaakob adalah kerajaan yang sah. 

"tiada kenyataan rasmi daripada mana-mana pemimpin setakat ini, berkait sokongan kepada kerajaan. 

"Jika betul dakwaan itu, ia sekadar pandangan peribadi dan bukannya mewakili pimpinan tertinggi PN," kata Menteri Besar Terengganu itu

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikan Majlis Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kempen Kibar Jalur Gemilang Peringkat Negeri Terengganu 2022 di Wisma Darul Iman, semalam. 

Namun begitu, Ahmad Samsuri mengesahkan beliau bertemu dengan Ismail Sabri minggu lalu. 

"ia hanyalah perjumpaan biasa dan perbincangan berkisarkan kepada pembangunan tertangguh antara kerajaan negeri dan Kerajaan Pusat.

Beliau menjelaskan, kepemimpinan PN masih mahu berjumpa dengan Ismail Sabri untuk memperincikan beberapa isu berbangkit sebelum ini.

"Saya rasa memerlukan satu ruang baharu untuk delegasi penuh (PN) bertemu dengan Ahli Parlimen Bera itu," katanya.

Ulasan