Lebih Baik Fokus Rampas Negeri Lain


BESUT - PAS mengesa agar UMNO menumpukan untuk merampas negeri lain dari terus menyatakan hasrat untuk mengambil alih pentadbiran di Terengganu, Kedah dan Kelantan.

Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS Pusat, Mohd Nor Hamzah berkata, adalah lebih baik dibiarkan negeri yang ditadbir oleh PAS dikekalkan dan memberikan tumpuan kepada negeri lain bagi memastikan Pakatan Harapan (PH) tidak kembali memerintah.

"Saya mengharapkan agar UMNO memberikan tumpuan untuk merampas negeri Selangor, Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Perak mahupun Pulau Pinang.

"Kita (PAS) berupaya untuk membantu atas nama Penyatuan Ummah atas nama Muafakat Nasional (MN)," ujarnya.

Beliau yang juga Ecxo Kerajaan Negeri berkata demikian, ketika ditemui setelah menghadiri program Semarak Dakwah di Pulau Perhentian, di sini, Pada 26 Ogos, Jumaat.

Dalam pada itu katanya, beliau yang juga merupakan Bendahari PAS Terengganu itu berkata sepanjang parti itu memerintah negeri ini, rata-rata rakyat memuji kerana berjaya mentadbir dengan baik dalam tempoh yang singkat.

"Selama ini penyatuan ummah menjadi agenda penting PAS, Alhamdulillah dengan mengamalkan Budaya Politik Matang dan Sejahtera (BPMS) kita telah berjaya membentuk sebuah kerajaan yang stabil.

"Sehinggakan tidak berlaku dikriminasi terhadap pegawai, kakitangan kerajaan mahupun rakyat secara keseluruhannya," ujarnya lagi.

Ulasan