Oleh : Rohayati Ripin
HULU TERENGGANU – Sayap Muslimat muda mesti terkehadapan memberikan pendidikan politik dan memasyarakatkan anak-anak muda yang baru mengundi kali pertama melalui cawangan, Dewan Undangan Negeri (DUN), kawasan dan institusi pengajian tinggi.
Ketua Dewan Muslimat PAS Negeri Terengganu (DMPNT) To’ Puan Hajah Zarani Othman berkata, mereka merupakan golongan lebih dekat dengan pengundi 18 tahun.
“Usaha mendekati pengundi 18 tahun adalah tanggungjawab semua. Tugas kita adalah sama. Peranan ameerah di setiap peringkat harus diperkasakan.
“Keterlibatan di peringkat cawangan haruslah menjadi prioriti dengan menggunakan segenap kepakaran yang ada. Usaha merakyatkan muslimat muda ini mampu menjana titik perubahan besar menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15,” ujarnya.
Beliau berkata demikian dalam Ucap Tema Muktamar Tahunan DMPNT) kali ke-49 di Dewan Surau Abdullah bin Umar, Madrasah Darul Al Ansar, Lil Tahfiz Quran, di sini, Jumaat, 5 Ogos.
Katanya, Sebagai sebuah parti politik tidak boleh memandang rendah aspirasi dan tahap penilaian generasi muda dalam menentukan hala tuju negera melalui pemilihan wakil rakyat menjelang PRU ke 15.
“Anak muda kini termasuk yang masih dibangku sekolah mempunyai akses terhadap maklumat yang diperoleh menerusi internet dan teknologi komunikasi terkini.
“Namun perlu diingatkan supaya tidak meremahkan tahap kebijaksanaan generasi muda dalam membuat pilihan.
Ulasan