KUALA TERENGGANU - Muslimat PAS DUN Wakaf Mempelam dengan kerjasama Pusat Khidmat (PKM) DUN tersebut melancarkan program 'Seraga Hijau', bantuan makanan keperluan asas untuk penduduk setempat yang kurang berkemampuan.
Yang Dipertua PAS Kawasan Kuala Terengganu, YB Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah berkata, program itu menyumbang sebakul sayur dan seekor ayam untuk setiap keluarga terpilih sekitar DUN berkenaan.
"Alhamdulillah, rezeki buat mereka yang terpilih dari keluarga kurang berkemampuan untuk bawa pulang sebakul sayur dan seekor ayam pagi ini,
"rezeki Allah ni, walau sedikit, kita sebagai hamba kena bersyukur. Rezeki tak semestinya mari dari wang ringgit dan sebagainya tapi nikmat dapat hirup udara pagi ni adalah rezeki yang teramat tidak ada nilainya, " katanya.
Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Wakaf Mempelam berkata demikian pada Majlis yang diadakan Pusat Khidmat Masyarakat DUN pada pagi 25 Ogos 2022.
Menurutnya sayur yang diagihkan itu adalah hasil kebun DUN sendiri, tanaman terong sebanyak 500 pokok di bawah pengawasan pejabat pertanian.
Ustaz Wan sukacita melihat para penerima yang dapat sumbangan tersebut hasil titik peluh para petugas parti.
"InsyaAllah nanti kita akan bagi lagi kepada penerima yang lain pula," ujarnya.
Dalam pada itu seorang penduduk yang mendapat 'hadiah' itu melahirkan perasan gembira kerana dapat memudahkan urusan keluarganya.
"kita dapat sayur seraga ni bersyukur sangat sangat. Ringan perbelanjaan pasar hari ni untuk saya dan empat org anak saya" kata Puan Farizan Muhamad dari Kampung Durian Burong yang juga seorang ibu tunggal.
Ulasan