PAS Bersama Masyarakat Raikan Hari Kebangsaan


KUALA TERENGGANU - PAS bersama 300 orang penduduk sekitar Seberang Takir menyertai program 10,000 ribu langkah merdeka, sebagai simbolik sambutan hari kebangsaan.

Setiausaha PAS kawasan Kuala Nerus, Ustaz Zakaria Dagang berkata, acara tersebut menyemarakkan lagi sambutan bulan kemerdekaan yang diraikan.

“Program pada hari ini  nampak meriah  dengan penyertaan yang baik dari ahli komuniti dan kita dapat berjalan santai  dalam jarak lebih kurang  jarak 4.8  kilometer melalui enam buah kampung-kampung disekitar  komuniti kita,” jelasnya.

Beliau yang juga  Pengerusi Komuniti Keluarga Malaysia Seberang Takir berkata demikian ketika dihubungi mengulas program tersebut yang diadakan pada 20 Ogos yang lalu.


Menurutnya, anatra program yang sedang diadakan seperti  kempen kibarkan jalur gemilang di kediaman dan premis perniagaan serta kereta supaya menaikkan lagi semangat kemerdekaan dikalangan rakyat dan ahli-ahli komuniti.

“Di samping itu mungkin program lain kita sedang atur melalui masjid seperti ceramah , kuliah yang berkaitan dengan kemerdekaan untuk diberi diberi kefahaman masyarakat erti kemerdekaan sebenar.

“Dan penyertaan serta penglibatan mereka  sama dalam usaha yang dibuat oleh kerajaan dalam memartabatkan keluarga Malaysia,” ujar beliau.

Justeru itu, program sebegini sangat bagus kerana dapat mengeratkan  dan menyatukan hubungan ahli keluarga dan masyarakat.

“Dapat kerjasama dapat berusaha bersama-sama dengan semua  dapat bantu membantu dan dapat melahirkan hubungan erat  antara ahli komuniti,” tambah beliau lagi.

Ulasan